(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, August 29, 2024

 Muak Dengan Kongress Bumiputera Yang Tak Berhabisan

M. Bakri Musa

 

Minggu lalu (18 Ogos 2024), Kerajaan Madani melancarkan satu lagi inisiatif terbesar, Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera, digelar PuTERA35. Yakinlah bahawa hanya harga dan kegemilangan upacara berkaitan dengannya sahaja yang berseri diraja keputeraan. Angka “35” itu merujuk kepada tarikh sasaran, yakni tahun 2035.

 

            Masyarakat kita amat terpesona dengan kata singkatan atau akronim dan mesyuarat tanpa berhabisan. Baru bulan Mac lepas sudah berlaku Kongress Ekonomi Bumiputra Ketujuh sejak merdeka! Pelan besar dan rancangan hebat yang tidak berhabisan bukan mencerminkan komitmen tetapi lebih melambangkan ketidakcekapan. Kalau kita berbuat sesuatu berulang kali dengan tidak mengubah caranya dan mengharapkan hasil yang berbeza, itu adalah anggapan yang gila, menurut Einstein. Itu juga menunjukkan ketiadaan upaya untuk belajar, atau dalam kata lain, satu kebodohan.

 

            Kongres Ekonomi Bumiputara yang pertama pada tahun 1965 menghapuskan RIDA (Rural Industrial Development Agency atau Agensi Kemajuan Luar Bandar dan Perindustrian) yang ditubuhkan pada 1951 oleh penjajah British. Badan itu digantikan dengan satu birokrasi gergasi, Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kongres pertama itu juga mencetuskan banyak perusahaan khas untuk Bumiputera. Semuanya menelan dana yang tidak terhingga dan jangka masa yang tidak terputus panjangnya. Bank Bumiputra, dilahirkan dengan heboh besar pada Kongres pertama itu, muflis dalam tidak sampai dua dekad kemudian dan menelan berbilion ringgit. Itu ringgit yang belum turun nilainya! 

 

            Kehodohan itu sepatutnya memberi satu kesedaran bahawa pemimpin dan ahli perusahaan kita tidak cekap dan mahir. Mereka juga tanpa beramanah dan hanya pandai melakukan rasuah. Contoh utama ialah mereka yang mengendalikan Bank Bumiputra. Yang lebih buruk lagi dan tidak boleh diampuni ialah peristiwa bank itu telah mengorbankan nyawa seorang jurubank muda yang jujur dan cemerlang, Jalil Ibrahim. Itu satu kehilangan yang tidak dapat di beri harga.

 

            Selepas Bank Bumiputera muncul pula One Malaysia Berhad (1MDB), binatang yang sama hanya lebih besar, lebih rakus, dan jalur yang berbeza. Malaysia masih membayar hutang dan bencana 1MDB. Banyak lagi syarikat kerajaan yang liput sebelum dan selepas.

 

            Akronim MARA bermaksud berani ke hadapan untuk menang. Tetapi dalam tradisi Buddha, Mara adalah satu raja khayalan yang berniat jahat. Dia menggunakan gondeknya untuk menggoda putera muda yang berupaya mencapai pencerahan. Maknanya, Mara melambangkan “kuasa yang bertentangan dengan pencerahan.”

 

            MARA tidak mempunyai gondek dan gadis cantik untuk di gunakan tetapi ia mempunyai sesuatu yang lebih berharga, yakni dana awam yang tidak berhabisan. 

 

            Pada mulanya MARA menunjukkan kecerahan apabila ia menggantikan Pusat Latihan Vokasional RIDA ke Kolej MARA, dan mengekalkannya pergunaan Bahasa Inggeris (BI) dan memberatkan kursus perniagaan. Dua tahun kemudian ia diubah menjadi Institut Teknoloji MARA (ITM) dan mengadili kursus MBA dengan kerjasama Universiti Kentucky, AS.

 

            MARA juga cuba menambah bilangan orang Melayu dalam aliran sains Tingkatan Enam. Tetapi MARA memilih mereka yang jauh di bawah se olah untuk membuktikan keupayaan MARA untuk mengubah setiap orang Melayu walaupun mereka yang tanpa berbakat dan berminat serta mereka yang kurang cekap.

 

            Akibatnya, seperti yang dijangkakan, pada dua tiga tahun pertamanya tiada seorang pun tamat Sijil Tinggi Persekolahan dengan penuh. Bagaimanapun MARA enggan mengkaji kegagalannya dan terus kemudiannya memintas Tingkatan Enam dan menghantar beribu-ribu penuntut ke luar negara masuk universiti bertaraf tiga dengan kos yang lebih terbesar.

 

            Yang terkilannya ialah ITM pada awalnya menunjukkan coret kejayaan dan pembaharuan. Ketuanya yang pertama, Arshad Ayub, berpandangan jauh dan mengekalkan BI sebagai bahasa pengantar. Dia tanpa segan silu untuk 'meng Inggeriskan’ institusi itu. Gambarkan dia, rotan di tangan kanan seperti seorang guru besar lama, mencari pelajar yang tidak bertutur BI. Seterusnya dia mengarahkan supaya kantin sekolah menghidangkan sandwic untuk menggantikan nasi lemak. Itu ada natijahnya dan rahsia makanan. Nasi lemak menyebabkan seseorang itu lembab dan ingin tidur selepas makan. Itu pantang untuk seorang pelajar! Nasib baik Pak Arshad tidak terus menghidang “tea and crumpet” untuk jamuan tengah hari

 

            Akibatnya ialah penuntut dua tiga tahun permulaan di aluran pemasakan (culinary school) jarang yang menyambung pelajaran mereka sebab cepat direbut oleh majikan hotel dan sebagainya. Dalam masa yang sama seorang penuntut, Mansor Puteh, berjaya memasuki program MFA yang kagum di Columbia University, New York, walaupun dia belum habis peperiksaan akhir ijazahnya!

 

            Lama selepas bersara dan dianugerahkan penghormatan tertinggi negara, dan dengan itu mimbar yang berprofil tinggi, Tun Arshad enggan mengkritik mereka yang berfikiran pelampau dan songsang di antara kaum nasionalis bahasa dan agama.

 

            Keadaan yang berada sekarang di Arked Digital MARA mencerminkan taraf perbadanan itu. Segan dan malu untuk melawatinya.

 

            Sudah menjadi cara biasa apabila pemimpin Melayu hendak menyelesaikan sesuatu masalah, mereka akan sibuk berpidato berpanjangan dan memberi ungkapan retorik yang melambung tinggi serta mengorbankan wang berbilion sambil berdua berpanjangan. Itu mendedahkan satu masalah yang lebih sulit dan berbahaya. Yakni kita dengan sengaja menolak dan berkeras hati untuk belajar. Sengaja kerana cacing pipih yang tidak berotak pun mampu belajar. Berkeras hati kerana kita masih tidak berubah sudah beberapa dekad.

 

            Kerajaan sepatutnya melabur untuk membaiki keadaan rakyat dan bukan sibuk menubuhkan syarikat. Lelongkan sahaja Bernases, Pernases dan syarikat berkaitan dengan kerajaan yang lain. Semuanya itu hanyalah saluran besar untuk naungan politik, dan dengan itu menampung rasuah. Jadikan semula BI sebagai bahasa penghantar Universiti Teknoloji MARA (pengganti ITM). Utamakan supaya masyarakat Melayu fasih dalam dwibahasa (BM dan BI), serta cekap dalam STEM.

 

            Inisiatif pertama yang di buat oleh Deng Xiaoping sebagai pemimpin adalah memohon kepada Amerika supaya menerima dua tiga ratus pelajar China ke universiti terkemuka di sana. Beliau juga menjemput ribuan guru dan profesor asing ke China, serta memikat sekolah dan kolej asing untuk menubuhkan kampus di negaranya.

 

            Itulah petua China berbangkit. Itulah keajaiban Cina yang kita lihat hari ini, bukan syarikat besar mereka yang seperti di Malaysia, penuh dengan pekung rasuah dan ketidakcekapan.

 

            Rakyat adalah sumber tulen dan tidak ternilai harganya bagi sesebuah negara. Lengkapkan mereka dengan memberikan pendidikan bermutu tinggi. Hanya dengan demikian “Melayu takkan hilang di dunia!” Permulaan pertama yang perlu ialah memilih menteri yang paling bijak untuk menerajui Kementerian Pelajaran. Itu tidak memerlukan perbelanjaan tambahan kecuali usaha tenaga mencari individu tersebut.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home