(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, August 15, 2024

Rusuhan Perkauman Di Britain

 Rusuhan Bumi British Menentang Pendatang Di Negeri Mereka

M. Bakri Musa

 

Rusuhan ngeri menentang pendatang di Britain kini mengingatkan saya kepada bencana kaum di Malaysia pada 13 Mei 1969.

 

            Dari segi kemusnahan harta benda serta nyawa terkorban, rusuhan di Malaysia amat lebih teruk. Di Britain mereka hanya ditangkap. Tetapi sebaliknya Malaysia berjaya menghadkan rusuhan hanya ke kawasan kecil sahaja di Kuala Lumpur manakala barah sosial British kini telah dan masih berebak. Belum tentu lagi ke mana dan setinggi mana angka maut dan kemusnahan harta benda akan meningkat. 

 

            Pada asasnya kedua-dua kekecohan itu mempunyai sumber yang sama, yakni rasa tidak senang hati yang terus menjadi kebencian antara manusia. Perasaan hodoh ini berpunca dari aliran perasaan yang membezakan manusia kepada dua – “kita” dan “mereka.” Perasaan inilah puncanya perkauman. Bagi Malaysia, “mereka” ialah kaum pendatang dan “kami” kaum Bumiputra, sementara di Britain kaminya adalah mereka yang berkulit putih. Orang yang berkulit gelap amnya dan beragama Islam khasnya disifatkan sebagai “mereka,” atau orang lain. Seperti rusuhan di Malaysia 1969, tidak ada makna dan manfaatnya untuk berbincang tentang apa yang mencetus kekacauan yang sekarang berlaku di Britain.

 

            Rusuhan di Malaysia itu terkawal dalam tempoh masa yang singkat, hanya beberapa hari sahaja. Itu adalah akibat kepimpinan tegas Allahyarham Tun Razak. Parlimen yang baru digantung dan perintah tentera dikenakan. Rakyat tidak dibenarkan keluar rumah.  Itu mengejutkan mereka yang mendahulukan kebebasan, yakni kumpulan “libertarian” di dalam dan luar negara. Atau menurut istilah Perdana Menteri Kanada Pierre Trudeau pada 1970-an, golongan liberal yang berlembut hati hingga berdarah. 

 

            Saya sebutkan Trudeau kerana setahun kemudian pada Oktober 1970 Kanada juga mengalami rusuhan antara kaum di Quebec. Rakyat keturunan Inggeris menentang mereka keturunan Perancis. Seperti Malaysia semasa Mei 1969, kereta kebal meronda di jalan raya Montreal, satu gambaran yang biasanya terdapat dengan republik pisang. Walau bagaimana pun, Trudeau juga berjaya mengatasi rusuhan antara kaum itu dalam masa yang singkat. Dia menggunakan Akta Tindakan Perang yang tidak pernah digunakan sebelum ini di luar peperangan dan semasa zaman aman.

 

            Kedua-dua pemimpin itu sedar bahawa ancaman terbesar kepada kebebasan seseorang ialah kematian dan kekacauan. Bak kebijaksanaan Islam kuno, semalam huru-hara (anarki) lebih berbahaya daripada enam puluh hari mengalami kezaliman.

 

            Dalam limpahan rencana dan ulasan mengenai kegilaan British terbaharu ini (ini bukan kali pertama, pada tahun 2011 ada juga rusuhan yang seumpama berasakan perkauman yang hodoh), saya masih belum mendengar sesiapa meramalkan bilanya akan berakhir dan berapa teruk lagi tahap keganasan seterusnya.

 

            Setakat ini hanya Wales dan Scotland yang tidak terhindar. Itu tidak memberi keselesaan atau jaminan. Humza Yousaf, pendatang pertama yang bukan berkulit putih di pilih oleh rakyat untuk menjadi Menteri Pertama Scotland, secara terbuka memperkatakan khuatirnya untuk terus bermastautin di tanah kelahirannya. Yakinlah ia tidak rindu atau ingin balik ke Pakistan, negara ibu bapanya. Kebimbangan dan khuatirnya dikongsi oleh ramai orang seumpamanya, yakni pendatang kulit hitam terutamanya mereka yang beragama Islam.

 

            Renungkan sedikit jika bekas Perdana Menteri dari parti Tory, Rishi Sunak, dan Datuk Bandar London dari Parti Pekerja, Sadiq Khan, sekarang menyuarakan sentimen yang sama. Itu akan menggembirakan mereka yang berperasaan sayap kanan fasis. Apa lagi kaum pendatang mahu? Kononnya nak jadi raja pula?

 

            Britain telah menerima pendatang dari Eropah beberapa abad tetapi mereka berjaya diterima sebagai orang British asli dalam tempoh masa yang singkat dan tanpa gangguan. Mungkin kaum penganut Katolik Ireland di terkecualikan. Malah orang Yahudi dan pendatang Eropah Timur jarang mengalami kesukaran untuk diterima sebai seorang British tulen walaupun ciri muka dan budaya mereka tidak sesama dengan kaum Anglo Saxon. Itu amat ketara. Perbezaan antara pendatang dari Eropah dengan mereka dari benua lain hanyalah warna kulit mereka. Sebaliknya pendatang dari Eropah yang sekarang menjadi anti-pendatang. Datuk moyang Boris Johnson adalah orang Turki, namun dia (dan rakan-rakan seumpamanya dalam parti Buruh dan Tory) sekarang sudah menjadi anti-pendatang yang fanatik dan pelampau. 

 

            Mengapa orang seperti Humza Yousuf yang telah mencapai puncak kehebatan dalam masyarakat British masih menganggap diri mereka sebagai pendatang atau "orang lain?" 

 

            Pemerhatian itu juga berlaku di Malaysia. Arwah ayah saya mempunyai pemerhatian yang tepat atas perkara ini. Pendatang yang berjaya dan senang diterima sebagai "orang tempatan" bukanlah mereka yang selamanya bermimpi Balik Tongsan dan memuliakan tanah air asal mereka, sebaliknya mereka yang komited terhadap tanah angkat mereka dengan mempelajari bahasa dan selesa dengan adat tempatan. Pada generasi terdahulu, antara mereka ialah Tan Siew Sin dan Lim Goh Tong; hari ini, Anthony Loke dan Hannah Yeoh.

 

            Itu satu pandangan yang tepat dan benar tentang pendatang di mana-mana kecuali mungkin Britain, jika anda percaya Humza Yousef. 

 

            Akibat daripada pemerhatian ayah saya, yang saya ambil dengan penuh perhatian oleh sebab saya sekarang seorang pendatang di Amerika, ialah hanya anda yang boleh memutuskan sama ada untuk menjadi "salah seorang daripada mereka" atau kekal sebagai "orang luar." Kebijaksanaan pepatah kita, “Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung” amat tepat dan menjadi satu ajaran serta panduan.

 

            Warga Britain bukan berkulit putih yang beragama Islam memikul beban yang lebih berganda kerana agama dan warna kulit mereka yang 'salah.' Yang anehnya dalam rusuhan semasa ialah kaum Katolik dan Protestan di Ireland Utara yang pada dahulunya tidak habis bertengkar dan berusuh antara mereka kini bergabung melawan musuh baru mereka. Warna kulit yang sama lebih penting lagi dan boleh mengatasi perbezaan agama!

 

            Unsur rusuhan ini bukan soal pendatang tetapi terus terang perkauman. Orang Inggeris tulen merasakan budaya dan negara mereka sedang dan sudah dicerobohi dan dikasarkan oleh mereka yang berlainan warna kulit dan agama. 

 

            Ada berita baik di sebaliknya. Rakyat biasa semakin ramai mula membantah sifat perkauman yang baru ini. Ini dibuktikan dengan perhimpunan yang lebih besar dan aman menentang mereka yang bersifat perkauman dan rasis.

  

            Kuman perkauman ini ganas dan bukan khas hanya kepada orang Britain. Lihatlah negeri China dengan masyarakat Uyghur mereka; di Hindu India atas kaum Islam disana, dan yang lebih terbaru lagi serta amat kejam, Israel di Gaza. Perbezaan perkauman di Malaysia hanyalah dari segi darjah, bukan jenis.

 

            Seperti di Malaysia, pemimpin yang bercita tinggi dan golongan elit mengambil sempat untuk mengapikan rungutan orang Bumi dengan menyalahkan pendatang. Tetapi sekarang di Britain lebih ramai lagi "orang Bumi" biasa yang bersuara dan menunjukkan perasaan mereka apabila melihat penduduk senegara mereka diketepikan sebagai kurang “British” atau pun kurang manusia. Itulah pengajaran dari Britain untuk Malaysia. Kita semua hamba Allah tak kira agama dan warna kulit.

 

            Satu lagi petunjuk yang nyata dati Britain, dan tidak kurang pentingnya, ialah anda tidak perlu menggunakan peraturan tentera atau pengenaan Akta Tindakan Perang untuk mengawal gangguan sivil. Tindakan polis yang berdisiplin, bersama-sama dengan sokongan rakyat biasa yang waras, mungkin lebih berkesan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home