(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, August 26, 2026

Pendekatan Berbeza Dalam Memahami Hadis

 Pendekatan Berbeza Dalam Memahami Hadis

M. Bakri Musa

26 Ogos 2026

Pendekatan saya dalam memahami hadis menyimpang daripada laluan lazim wacana keagamaan semasa. Berbanding menyertai perdebatan yang tidak berkesudahan mengenai keabsahan, atau membedah rantaian perawi (isnad) yang rumit merentasi beberapa keturunan, saya menilai hadis berdasarkan ukuran biasa dan semasa. Yakni sejauh mana ia berguna dan dapat memberi pedoman dalam mendepani cabaran semasa.

Saya serahkan pembacaan helaian panjang mengenai ketaqwaan, kejujuran, atau himpunan karya ulama yang luas kepada golongan agamawan tradisional. Tumpuan saya adalah pada niat dan kegunaan—memahami sebab di sebalik sesuatu ungkapan yang disandarkan kepada Nabi SAW, serta menentukan bagaimana kefahaman itu dapat membantu kita melayari dunia semasa yang amat jauh berbeza. Usaha itu sahaja sudah cukup mencabar.

Kuasa Pembentukan Naratif

Kita mesti sedar bahawa kiasan, metafora, dan contoh kuno yang dipetik ratusan tahun dahulu—betapa pun menakjubkannya ia kepada masyarakat padang pasir pada suatu ketika—kurang memberi kesan pada hari ini.

Contohnya pengalaman Ellie Quinn, seorang mualaf muda dari Britain (dikenali sebagai Wandering Quinn di YouTube). Dalam kembara pertamanya di Timur Tengah, beliau sangat kecewa dengan kecenderungan masyarakat tempatan yang kerap menyelitkan ungkapan "Insha’Allah" dalam segenap urusan asas. Bagi seseorang yang membesar dengan prinsip kebertanggungjawaban individu cara Barat, perkara ini tidak kelihatan seperti penghormatan kepada Tuhan, sebaliknya lebih kepada alasan untuk tidak menepati janji. Pandangan beliau mudah sahaja: Tepatilah janji dan masa. Kebolehpercayaan ialah tanggungjawab individu, bukan tanggungjawab Tuhan.

Apabila digabungkan dengan ringkasan sebuah hadis terkenal—"ikatlah untamu dan bertawakallah kepada Allah”—pada mulanya beliau melihatnya sebagai pengesahan kepada sikap fatalisme pasrah yang berleluasa di dunia membangun. Di Barat, seseorang itu dituntut bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan mereka, bukan berselindung di sebalik frasa "sudah tertulis di Luh Mahfuz." Di manakah dorongan untuk membaiki diri, atau berkhidmat kepada kemanusiaan, jika hasil sesuatu usaha dipisahkan daripada daya usaha kita sendiri?

Namun, apabila beliau menemui konteks sepenuhnya hadis tersebut:

“Rasulullah SAW mendatangi seorang Arab badwi yang membiarkan untanya tidak terikat. Apabila ditanya sebabnya, lelaki itu menjawab bahawa dia menyerahkan urusan itu (bertawakal) kepada Allah. Nabi SAW membetulkannya secara terus: ‘Tidak! Ikatlah untamu dengan kemas terlebih dahulu, kemudian barulah engkau bertawakal kepada Allah.’”

Sisi pandang yang bernuansa itu mengubah fahaman beliau sepenuhnya. Pengajarannya bukan lagi penyerahan membuta sahaja, melainkan melimputi tindakan berperingkat: berusaha bersungguh-sungguh terlebih dahulu, dan hanya selepas itu memohon kurnia ilahi untuk hasilnya. Doa sahaja wlau pub berapa hebat  tidak boleh menggantikan usaha.

Fatalisme Moden dan Pengajaran Covid-19

Akibat buruk daripada kesilapan memahami keseimbangan ini jelas kelihatan sewaktu pandemik Covid-19. Terdapat segelintir ulama yang mengisytiharkan bahawa umat Islam sepatutnya lebih takutkan Allah berbanding virus yang mungkin membawa maut, atau mendakwa bahawa memakai pelitup muka menandakan kurangnya rasa percaya kepada perlindungan Ilahi.

Mengyesuaikan prinsip mengikat unta ajaran Nabi SAW membawa kita kepada kesimpulan yang bertentangan sama sekali. Memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, dan mengamalkan kebersihan diri ialah seolah tindakan "mengikat unta." Berdoa kepada Allah untuk kesihatan hanya selepas langkah-langkah pencegahan bermakna itu diambil dan di penuhi.

Logik songsang ini tidak hanya terikat kepada golongan tradisionalis agama kita sahaja. Di Amerika Syarikat, kelompok kaum konservatif menganggap langkah kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka sebagai pencerobohan ke atas kebebasan peribadi, lalu mengabaikan peranan praktikalnya sebagai pembenteng penting menentang penyakit yang berjangkit.

Iman, Logik, dan Realiti Empirikal

Sebagaimana yang ditekankan oleh Edward Omar Moad, seorang profesor falsafah Muslim warga Amerika di Universiti Qatar, hadis ini membuka persoalan yang lebih mendalam mengenai hubungan sebab dan akibat dengan doa.

·       Jika anda mengikat unta dengan kemas dan mendapati ia kekal selamat apabila anda kembali, adakah Allah memperkenankan doa anda, atau ia sekadar hasil daripada ikatan anda yang baik?

·       Sebaliknya, anda kembali dan unta itu telah hilang. Adakah itu bermakna doa anda tidak dijawab oleh Alah?

·       Bagaimana pula jika kebakaran berlaku berdekatan, dan unta yang terikat kemas itu mati terperangkap dalam api kerana tidak dapat melarikan diri? Dalam senario itu, adakah mengekalkan unta di tempatnya benar-benar membawa keberkatan?

Itu mengingatkan saya kepada nasihat yang pernah dikongsi oleh Imam Ilyas saya disini. Apabila berdoa, kita sebolehnya elakkan daripada menetapkan kehendak secara terlalu terperinci. Kita sepatutnya berdoa untuk hasil secara umum—seperti “ringankanlah bebanku”—daripada menetapkan mekanismenya secara khusus yang mungkin membawa kesan di luar jangkaan.

Tidak perselesihan antara tindakan empirikal—seperti mengikat unta—dengan keimanan kepada Pencipta Yang Maha Kuasa. Alam tabii beroperasi mengikut hukum yang tepat dan konsisten yang telah ditetapkan oleh Ilahi.

Bayangkan seekor harimau yang mengejar seekor rusa. Rusa itu berdoa agar dapat terus hidup; harimau pula berdoa agar dapat memberi makanan kepada anaknya yang kelaparan. Doa siapakah yang akan diperkenankan oleh Tuhan Yang Maha Adil?

Doa pihak yang berlari lebih pantas.

Seterusnya: Tuntutlah Ilmu Walau Hingga Ke Negeri China

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home