(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, August 12, 2026

Ulasan Tentang Kajian Dan Memahami Hadis

 Ulasan Tentang Kajian Dan Memahami Hadis

M. Bakri Musa

Diubah suai daripada Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises in Critical Thinking (2021)

12 hb Ogos 2026

Nabi Muhammad SAW, seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an (33:21), ialah “…contoh teladan yang baik bagi orang yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat.” Jadi, tidak hairanlah kalau umat Islam memberi tumpuan yang sangat besar kepada hadis. Nabi, sebagai seorang manusia biasa yang pernah berjalan di bumi, rasa lapar, dan menempuh pelbagai kesusahan, jauh lebih mudah untuk kita memahami berbanding dengan keagungan abstrak Al-Qur’an atau kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa. Rasa kagum dan minat kita terhadap Baginda—dan seterusnya terhadap hadis—adalah sesuatu yang sangat lumrah.

Namun, ada harga intelektual yang perlu dibayar atas kecenderungan ini. Kita terlebih mengagungkan sang utusan sehingga terlupa atau mengabaikan mesej atau utusan sebenar yang dibawanya.

Gaya Menunjuk Keabsahan

Cuba dengar perbincangan semasa tentang hadis. Penceramah biasanya akan bermula ikut skrip yang sama: meleret-leret bercakap pasal rantaian perawi (isnad) yang panjang untuk membuktikan hadis itu sahih. Lepas itu, dia akan membaca keseluruhan hadis dalam bahasa Arab dengan bersemangat, lengkap dengan senarai ulama silam yang mengesahkan rantaian tersebut. Dia tidak peduli pun kalau kebanyakan pendengar tidak faham sepatah haram Bahasa Arab. Niat atau tujuan utamanya hanyan ingin membuat orang kagum, bukannya nak memberi kefahaman.

Bila pendengar mula mengantuk, barulah penceramah masuk ke bahagian terjemahan dan ulasan—maknanya bahagian yang sepatutnya jadi teras penyampaian.

Masalahnya penceramah tidak pernah menganggap terjemahan mereka sekadar anggaran atau . Bagi mereka, itulah satunya terjemahan yang betul tanpa sebarang keraguan. “Maksudnya ialah…” kata mereka dengan penuh yakin dan agak sombong, sama ada semasa mentafsirkan hadis mahupun ayat Al-Qur’an.

Mengutamakan Gaya, Bukan Kandungan

Gaya ceramah sebegini sangat biasa dalam wacana agama media tempatan. Tontonilah rancangan TV mingguan yang popular, Wacana Al-Qur’an. Sepuluh minit permulaan membazir masa begitu sahaja dengan ucapan aluan bahasa Arab yang panjang lebar dan sesi memperkenalkan tetamu yang berlebihan, di mana masing-masing sibuk bertukar ucapan tahniah dan terima kasih.

Bila perbincangan sebenar bermula, ustaz berkenaan akan membaca ayat Al-Qur’an dan memberi tafsirannya dengan begitu yakin tanpa membuka langsung ruang perdebatan. Pihak penerbit memang wajar dipuji kerana memilih tajuk yang penting seperti rasuah, zakat, dan pendidikan. Namun, perbincangan yang menyusul langsung tidak berpijak di bumi nyata. Sangat kurang usaha untuk menghubungkan teks agama itu dengan cabaran hidup semasa.

Satu siaran baru-baru ini tentang rasuah adalah contoh terbaik. Para ahli panel seronok memetik ayat-ayat Al-Qur’an lain, membaca hadis yang berpanjangan, bercakap pasal rantaian perawi, dan memetik pandangan ulama zaman silam. Tetapi tiada seorang pun yang berani sentuh soalan asas dan sebenarnya. Adakah haram kalau kita pergi haji percuma guna duit rasuah? Macam mana hendak menyelesaikan masalah rasuah yang dah jadi barah dalam negara, dari Pejabat Perdana Menteri sampailah ke kamar imigresen?

Bila rancangan sudah hendak habis barulah masa diberi untuk sesi soal jawab. Kalau ada masa sekalipun, soalan yang ditanya tetap berlegar pasal isu teknikal sama ada hadis itu sahih atau tidak—seolah kita boleh menentukan perkara itu kini di abad ke-21, unggapan yang dibuat hamper lebih 1,400 tahun dulu.

Terlalu Terikat Dengan Pandangan Lama

Kritikan secara mendalam langsung tiada; usaha nak cari penyelesaian kepada masalah moden pula dipandang serong. Pendekatan yang digunakan cuma ulang balik pandangan ulama kuno. Mesej tersiratnya mudah: Siapalah kita manusia kerdil hari ini nak persoalkan ulama hebat zaman silam? Kita disuruh ikut sahaja tanpa perlu banyak bertanya atau berfikir.

Renungkan sedikit. Cabaran yang dihadapi umat Islam hari ini sangat berbeza berbanding dengan pada zaman Al-Kindi atau Al-Ghazali. Itu tidak langsung pernah lintas dalam fikiran ulama hari ini. Ini ibarat kita di zaman moden ini masih nak guna teori perubatan Yunani kuno untuk rawat penyakit manusia, walaupun dunia sains dan perubatan dah maju jauh ke depan.

Kebangkitan Kajian Moden

Nasib baiklah keadaan kini semakin berubah. Kaedah kajian sejarah moden mula digunakan untuk mengkaji Al-Qur’an, dan kini turut digunakan ke atas Nabi Muhammad sebagai tokoh sejarah dan hadis sebagai dokumen sejarah.

Oleh disebabkan kajian akademik ini pada mulanya dipelopori oleh ahli sejarah di universiti Barat, umat Islam secara melulu menolaknya dan menganggap ia cuma agenda sinis pendita Orientalis. Tapi hari ini, sikap menolak bulat-bulat itu nampak sangat kebudak-budakan dan sempit. Kini semakin ramai sarjana Muslim—yang kebanyakannya bermula dengan pendidikan madrasah sebelum mendalami pengajian akademik mereka di Barat—sudah bermula menerima dan menghargai pendekatan ini.

Antara tokoh dari rantau ini termasuklah Ulil Abshar Abdalla (lulusan PhD Harvard) dan Mu’nim Sirry (kini mengajar di Notre Dame University). Kedua-duanya unik kerana mempunyai latar belakang pendidikan pesantren tradisional di Indonesia, sebelum melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka seperti UCLA , Harvard, dan University of Chicago. Usaha mereka membuktikan bahawa berfikir secara kritis tidak merosakkan iman, sebaliknya membuatkan agama kekal relevan dengan zaman.

Tajuk seterusnya: Pendekatan Berbeza dalam Memahami Hadis

Buku terbaharu penulis, Exploring Imam Nawawi’s Forty Hadith: Through the Lens of Contemporary Knowledge, bakal diterbitkan pada Januari 2027.

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home