Tak malu Ke? Keputusan Siasatan Suruhan Diraja Tabung Haji
Tak Malu Keh? Keputusan Siasatan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji
M. Bakri Musa
19 hb Ogos, 2026
Siatan Suruhanjaya Diraja (SSD) mengenai Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan laporannya. Perasaan saya atas laporan itu rengkas sahaja: Tak malu ke? Kita masih ingat lagi kecurian yang besar dengan perusahan One Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana lebih RM50 bilion hilang begitu sahaja.
Kerugian RM13 bilion TH bukan sekadar satu lagi catatan dalam buku akaun penjarahan nasional kita. Ini adalah pengkhianatan kejam terhadap kepercayaan suci jutaan umat Islam marhaen yang berhempas-pulas menyimpan ringgit demi ringgit untuk menunaikan rukun Islam kelima. Yang tidak terhitung nilainya ialah hancurnya keyakinan awam serta rendahnya maruah kita sebagai masyarakat.
Membaca keputusan SSD ini mengingatkan saya kepada watak Marlow dalam novel Lord Jim (Tuan Jim), karya Joseph Conrad, yang memerhatikan bahawa tujuan sesuatu siasatan rasmi selalunya bukan untuk mencari ‘sebab,’ yakni menjawab soalan asas, sebaliknya sekadar menyentuh ‘bagaimana’ yang cetek. Siatan keatas TH dijalankan secara tertutup. Malah laporannya pada peringkat awal disembunyikan daripada pengetahuan umum. Maknanya kita hanya mampu meneka garis dan aliran soalan yang telah dikemukakan. Menilai daripada teks laporan yang telah “dibersihkan” ini, soalan yang diajukan—seperti kata Marlow—"tidak ubah seperti mengetuk kotak besi dengan tukul untuk ingin mengetahui apa yang ada di dalamnya.” Kita sibuk memperhatikan ketuk bahagian luar kotak, mengagumi pertukangan besinya, dan mendokumentasikan karatnya secara terperinci, sambil mengabaikan teras di dalamnya yang sudah lama membusuk.
Pecah amanah dan terus terang makan suap di Malaysia bukannya satu perbuatan baru. Ia telah menjadi budaya yang dipupuk oleh pimpinan tertinggi selama beberapa keturunan. Boleh dikatakan hampir setiap bekas Perdana Menteri meninggalkan jenama kebobrokan kewangan mereka yang tersendiri. Pengecualian hanyalah Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Apabila Menteri Pelajaran Tunku, Rahman Talib, gagal mempertanggungjawabkan kehilangan RM100 juta dalam kementeriannya pada tahun 1962, beliau terpaksa meletakkan jawatan. Itulah penanda aras rasa tanggungjawaban Tunku.
Apabila kececuain Bank Rakyat meletus sewaktu pentadbiran Hussein Onn, Allahyarraham bertindak dengan tegas dan jujur. Beliau memastikan kes itu dibawa ke mahkamah yang mengakibatkan Datuk Harun Idris dipenjarakan. Dia adalah seorang tokoh korporat UMNO ketika itu dan dengan megah menggelarkan dirinya sebagai wira bangsa. Kemudian muncul pula si Mahathir Mohamad dengan kelalain kewangannya yang mampu memenuhkan sebuah perpustakaan. Antaranya Syarikat Maminco, Perwaja Steel, dan yang paling ngeri sekali, Bank Bumiputra. Penipuan terakhir itu membawa maut. kepada pembunuhan kejam Jalil Ibrahim pada tahun 1983, seorang pegawai bank Melayu yang berprinsip. Dia di hantar ke Hong Kong untuk memeriksa akaun haram bank itu. Namun, Mahathir masih dijulang oleh sesetengah pihak sebagai arkitek agung Malaysia moden.
Dia masih mengenang dengan penuh bangga tindakan beliau ‘mengyerangan subuh' pada tahun 1981 di Bursa Saham London untuk merampas kawalan konglomerat perladangan kolonial Guthrie. Beliau lupa bahawa beliau dan kroninya telah berjudi dengan dana awam yang sepatutnya digunakan untuk menyediakan bekalan elektrik, air bersih, dan bilik sekolah untuk anak kampung—semata-mata untuk menguasai industri yang kian malap. Imbas kembali, pelabur kolonial tersebut tentu senyum sahaja gembira kerana rakyat Malaysia membayar harga tertinggi untuk membeli aset yang jatuh harga.
Corak penipuan demikian berterusan tanpa berhenti. Abdullah Badawi tidak pernah terlalu mengantuk untuk membiarkan adiknya mengaut kontrak katering MAS yang lumayan, atau menyaksikan syarikat Scomi milik anaknya berkembang pesat hasil perniagaan berkaitan kerajaan. Si Najib Razak pula membawa seni kleptokrasinya yang direstui negara ke kemuncak mutlak melalui 1MDB. Cukuplah sekadar itu! Si Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin pula terpaksa meninggalkan jawatan dan berdepanan dengan pertuduhan rasuah raksaksa.
Anwar Ibrahim yang kini memimpin negara sambil mengekalkan Ahmad Zahid Hamidi—seorang tokoh politik yang terbeban dengan puluhan pertuduhan rasuah—sebagai Timbalan Perdana Menteri. Melantik watak sedemikian ke jawatan tinggi memberi isyarat kepada dunia bahawa piawaian etika boleh ditawarkan demi kelangsungan politik.
Teras kepada kegagalan asas ini terletak pada ketagihan masyarakat kita terhadap Syarikat Milik Kerajaan (SMK). Kita mesti menswastakan perusahan tersebut dengan secara cepat dan telus. Penswastaan akan menghapuskan punca utama penaungan politik dan melindungi rakyat daripada bailout berbilion ringgit yang tiada kesudahan.
Sebagai bandingan, lihat bagaimana Kanada berjaya menswastakan Petro-Canada secara berperingkat agar tidak menggacau aliran pasaran. Kita patut melakukan perkara yang sama, bermula dengan Petronas. Menyelaraskan insentif pengurusan dengan nilai pasaran sebenar akan memaksa syarikat tersebut bergerak atas dasar merit dan kebolehan, dan bukan dengan gaya ihsan politik.
Tambahan pula SMK bertindak seperti pam yang menyedot bakat profesional Bumiputra yang sepatutnya membina perniagaan mereka sendiri yang berdaya saing di sektor swasta. Sebaliknya, kita memenuhi lembaga pengarah korporat dengan penjawat awam dan dilantik secara politik yang—sama ada dari segi perwatakan mahupun latihan—langsung tidak layak menguruskan entiti korporat yang dinamik.
Sebelum kaum bukan Melayu bersorak gembira atas ketidakcekapan pengurus korporat Melayu atau SMK, saya ingatkan mereka kepada skandal Maika Holdings milik Kongres Indian Malaysia (MIC) pada tahun 1992 dan kejatuhan Koperasi Pengambilan Deposit (DTC) milik Persatuan Cina Malaysia (MCA) pada tahun 1986. Ketidakcekapan dan ketagihan korporat langsung tidak mengenal batas kaum.
Seperti yang dijangka, tiada apa-apa yang bakal berlaku akibat Laporan SMK TH ini. Zulkifli Al-Bakri, Menteri yang bertanggungjawab terhadap TH pada waktu itu, akan terus menyampaikan khutbahnya tentang dosa rasuah walau pun makhlok Allah ini dengan bangganya menayang anak lelakinya menerima dana zakat untuk belajar di luar negera. Tak malu langsung! Dia tidak berasa segan pun untuk berkuliah tentang maruah atau menghisap dana rakyat. Seseorang itu mempunyai integriti moral atau tidak. Itu sahaja. Cakap kosong semua bolih buat. Kesedihan terbesar kaum Melayu semasa bukanlah sekadar berbilion ringgit yang hilang akibat ketidakcekapan dan ketamakan—tetapi hakikat bahawa kelas pemimpin kita telah lama kehilangan rasa malu mereka.



0 Comments:
Post a Comment
<< Home