(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, July 08, 2026

Tafsiran Shahrour Mengenai Ayat "Memukul Isteri"

 Tafsiran Shahrour Mengenai Ayat “Memukul Isteri”

M. Bakri Musa

85 hb Julai 2026

Dipetik dan diterjemah daripada buku saya Qur’an, Hadith Dan Hikayat: Exercises In Critical Thinking (2021)

Allahyarrham sarjana Syria, Muhammad Shahrour, mempersoalkan beberapa andaian paling asas yang selama ini sudah diterima sebulatnya mengenai Al-Qur'an. Antaranya adalah bahawa Al-Qur'an merupakan wahyu langsung daripada Allah kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai petunjuk sepanjang zaman untuk seluruh umat manusia. Jika premis ini benar, maka hikmah dan hakikat kebenarannya mestilah terpakai sama rata—baik kepada kelompok Bedouin di padang pasir zaman purba, mahupun kepada masyarakat Melayu di bandar Kuala Lumpur hari ini, malah kepada semua Muslim dan bukan Muslim sekalipun.

Untuk menguji perkara ini, Shahrour mula membaca semula teks suci tersebut dengan mengikis beberapa lapisan tafsiran sarjana tradisional yang bertimbun selama beberapa abad. Beliau membayangkan Al-Qur'an kembali kepada bentuk asalnya: yakni wahyu lisan yang disampaikan secara langsung dari Allah kepada Rasul Terakhir-Nya.

Perangkap Bahasa Tertulis

Terdapat perbezaan yang amat besar dan ketara antara cara kita bercakap secara lisan berbanding bertulis. Bahasa lisan amat bergantung kepada konteks sekeliling—nada suara, gerak isyarat spontan, dan bahasa tubuh yang memberi warna serta kejelasan kepada maksud sebenar sesuatu pesanan.

Pada zaman Nabi, s.a.w, Bahasa Arab merupakan tradisi lisan sahaja. Budaya menulis hanya muncul jauh terkemudian, dan melalui lensa tulisan lewat inilah Al-Qur'an dipelihara untuk generasi akan datang. Di sinilah letaknya perangkap yang sering terlepas daripada pandangan pembaca moden.

Sebagai tradisi lisan, Bahasa Arab pada abad ketujuh masehi tidak begitu memerlukan kata ganti nama yang tertentu mengikut jantina (gender-specific pronouns) atau perincian klinikal yang kaku. Sifat bahasa yang anjal dan fleksibel ini sebenarnya amat akrab dengan kita yang berbahasa Melayu. Apabila kita menyebut perkataan dia, ia boleh merujuk kepada lelaki atau perempuan, seorang individu mahupun satu kumpulan. Dalam perbualan harian, ketiadaan jantina tatabahasa ini langsung tidak menimbulkan kekeliruan kerana keadaan di depan mata dengan sendirinya menjelaskan keadaan.

Semasa hayat Baginda, Nabi s.a.w. sering memperbetulkan bacaan para pengingat wahyu kerana perubahan kecil pada suara atau sebutan boleh membawa maksud yang jauh berbeza daripada apa yang diwahyukan. Kelonggaran lisan ini menjelaskan mengapa wujudnya sekurang-kurangnya tujuh bacaan Al-Qur'an yang diiktiraf, dikenali sebagai qira'at. Tidak perlu dipertikaikan lagi, setiap perbagaian ini membawa peralihan makna yang halus, dan kadangkala menyentuh maksud teras ayat tersebut.

Kitab tertulis yang kita baca hari ini hanyalah satu daripada pelbagai yang pernah wujud; pebeza’an yang lain telah dihapuskan daripada arus perdana melalui turut pemerentah semasa itu, yakni semasa Khalifah Othman.

Politik di Sebalik Mushaf

Dari segi ketepatan linguistik, perkataan Al-Qur'an merujuk khusus kepada versi yang dibaca atau dilisankan ini. Buku fizikal yang kita pegang dan cetak hari ini lebih tepat dipanggil sebagai mushaf, dan ia telah diformalkan di bawah khalifah ketiga, Saidina Othman, lebih 1,400 tahun dahulu.

Untuk memastikan terbitan rasminya kekal sebagai teks muktamad yang tunggal, Khalifah Othman mengarahkan agar semua naskhah yang lain dibakar atau dikebumikan. Hakikat sejarah ini mencetuskan satu persoalan penting: Jika anda seorang bangsawan terhormat pada zaman Nabi, dan anda telah menyalin rekod peribadi wahyu tersebut secara teliti— yang telah didengar terus daripada mulut Nabi s.a.w. sendiri sebagai khazanah keluarga dan kabilah yang tidak ternilai harganya—mungkinkah anda akan patuh begitu sahaja dengan arahan Khalifah untuk memusnahkannya?

Semestinya bukan semua orang patuh. Hari ini, cebisan naskhah alternatif ini kadangkala ditemui di siling dan loteng masjid purba yang terpencil, terpelihara selama berabad oleh udara padang pasir yang kering. Sepatutnya penemuan ini akan meluaskan lagi ufuk kefahaman kita tentang sejarah awal Islam. Tetapi sebaliknya bagi sesetengah golongan tradisionalis, penemuan seumpama ini dianggap sebagai satu ancaman besar kepada laras teologi dan fahaman yang sedia ada.

Membebaskan Ayat 4:34 Daripada Belenggu Jantina

Shahrour, bersama rakan-rakan setugasnya di Jabatan Linguistik Universiti Damsyik, membaca ayat yang sering mencetuskan kontroversi ini (Surah An-Nisa, 4:34) dengan menganalisis struktur tatabahasa dan linguistiknya secara tegar. Paling penting, mereka tidak melihat istilah tersebut berdasarkan pemahaman semasa, sebaliknya mengkaji bagaimana ia berfungsi pada awal fajar Islam.

Tatabahasa Arab formal—bersama pengekodan rigid bentuk maskulin dan feminin—hanya dicipta dan disusun selepas Al-Qur'an diturunkan. Malah, teks Al-Qur'an itulah yang menjadi pemangkin utama kepada usaha membina cara tatabahasa Arab formal.

Oleh itu, menerapkan hukum jantina tatabahasa yang lewat ini ke atas Ayat 4:34 adalah satu kesilapan zaman (anachronistic). Lebih jauh lagi, Shahrour berhujah bahawa tabiat merendahkan peranan jantina manusia ke dalam teks ketuhanan boleh membawa masalah teologi yang lebih parah. Memberi sifat jantina secara literal kepada Tuhan—seperti menganggap kata ganti “Dia” (atau Huwa dalam bahasa Arab) sebagai cerminan sifat fizikal Tuhan dan bukannya sekadar keterbatasan bahasa manusia—boleh menjurus kepada antropomorfisme (menyerupakan Tuhan dengan makhluk). Jika dibawa ke titik ekstrem, ini adalah satu syirik, dosa yang paling besar.

Melangkaui Isu Seksual: Pengajaran Tentang “Penangguhan”

Melihat melalui lensa linguistik ini, tafsiran Shahrour amat menarik. Apabila kita mengeluarkan bias sejarah berkaitan jantina daripada ayat tersebut, ia membuka ruang fahaman yang jauh lebih luas dan bermakna untuk masyarakat moden.

Teliti semula nama surah itu sendiri: Surah An-Nisa. Bagi Shahrour, An-Nisa tidak semestinya bermaksud “Wanita.” Berakar daripada asal-usul linguistik Arab kuno, perkataan tersebut turut membawa konsep tanpa jantina yang bermaksud penangguhan, penundaan, atau kelambatan (seperti yang dapat kita lihat dalam istilah kewangan riba al-nasi'ah, iaitu faedah yang terakru akibat penangguhan tempoh masa).

Apabila kita melihat dengan kasar struktur surah tersebut, hujah ini sangat masuk akal. Sebilangan besar daripada 176 ayat dalam surah tersebut langsung tidak membicarakan soal rumah tangga antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya, ia mengatur urusan perundangan yang lebih besar, kontrak sosial, serta kod etika ketika fasa perang dan damai. Namun, seperti yang biasa berlaku dalam sejarah manusia, pantang sahaja isu jantina atau seks masuk ke dalam perbincangan, ia akan terus merampas tumpuan utama. Inilah yang telah berlaku kepada Surah An-Nisa.

Shahrour menegaskan bahawa surah ini sepatutnya dibaca dengan anjakan fokus yang berbeza: jauh daripada isu keganasan rumah tangga atau hierarki jantina, dan beralih kepada hubungan yang lebih universal dan lebih asas antara pemimpin dan pengikut.

Melalui pandangan ini, ayat tersebut sebenarnya berbicara tentang dinamik sesebuah pergerakan dan perbadanan—khususnya bagaimana pihak pengurusan atau pemimpin mengendalikan pengikut yang culas atau melanggar peraturan dengan cara menarik balik keistimewaan tertentu secara sementara, serta betapa pentingnya konsep “penangguhan kepuasan” (delayed gratification) demi mencapai matlamat jangka panjang bersama.

Konsep terakhir ini—iaitu kemampuan untuk menangguhkan ganjaran segera demi kejayaan masa hadapan—bukanlah satu idea lapuk dari padang pasir. Ia merupakan hakikat yang dibuktikan secara saintifik dalam sains tingkah laku moden, seperti yang ditunjukkan menerusi eksperimen marshmallow Stanford yang terkenal ke atas kanak-kanak. Dengan melihat melangkaui prejudis zaman pertengahan tentang jantina, pembacaan Shahrour berjaya merapatkan jurang antara wahyu abad ketujuh dengan psikologi manusia yang merentas zaman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home