(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, November 04, 2026

Membalas Jasa Mereka Yang "Berbuat Baik"

 Membalas Jasa Mereka Yang “Berbuat Baik”

M. Bakri Musa

 

Petikan daripada Qur’an, Hadith, And Hikayat: Exercises In Critical Thinking (2021) 

4 hb November 2026 

 

Renungkan hadis terkenal mengenai membendung kemungkaran: ubah dengan tangan. Jika tidak berdaya, dengan lidah; dan sekiranya itu pun gagal, maka dengan hati kita—walaupun itu menandakan selemah iman. Sebaliknya, apakah sepatutnya dorongan kita apabila menyaksikan sesuatu kebaikan yang dilakukan? Bagaimanakah tindak balas kita apabila seorang ahli masyarakat bertindak dengan inisiatif, kecerdasan, atau daya usaha kemasyarakatan? 

 

Hikayat Melayu purba menawarkan jawapan yang cukup tajam dan menggerunkan. Hikayat Singapura Dilanggar Todak mengisahkan seorang anak lelaki yang bijak, Hang Nadim, yang menyelamatkan Singapura daripada serangan ikan todak. Penyelesaian sicerdik ini namun amat bernas: tanam batang pisang di sepanjang pantai supaya muncung tajam ikan yang menyerang akan terlekat pada batang pisang yang lembut dan bukan kepada tubuh manusia. Kisah ini merupakan cerita anak Belanda yang menyelamatkan desanya dengan menyumbat jarinya pada benteng yang bocor. Namun, lihatlah jurang perbezaan budayanya: di Belanda, budak tersebut diabadikan sebagai wira negara; manakala dalam budaya Melayu, kepintaran budak muda yang menanam pisang itu dilihat sebagai ancaman maut kepada ego Sultan yang rapuh. Apa lagi sibijak muda ini akan fikirkan kelak bila dia dewasa dan akan lebih cerdik lagi!

 

Oleh sedemikian penasihat sultan berrasa tidak selamat dan terancam. Dengan itu si bijak muda ini dihukum mati. Hikayat yang tragis itu bukan sekadar dongeng purba; ia kekal sebagai metafora yang mendalam bagi penyakit budaya yang berlarutan. Masyarakat kita dengan sengaja menghukum dan menindas akal budi dan daya usaha yang sepatutnya boleh menyelamatkan kita. 

 

Keendahan Usahawan Harian

“Berbuat baik” mengambil pelbagai bentuk dan upaya. Renungkan satu usaha perniagaan. Seberapa kecil sekalipun itu merupakan salah satu usaha yang paling utama dan baik. Ambil contoh si penjual goreng pisang di tepi jalan. Gerai kecilnya mewakili bentuk kapitalisme yang paling asas, garis dasar bagi daya usaha manusia. Namun disitu terdapat maruah dan nilai kemasyarakatan yang amat mulia dalam usaha harian beliau. Pertama, beliau memenuhi keperluan mendesak masyarakat setempat secara terus dengan menyediakan rezeki yang mampu dibeli. Kedua, beliau berada di pusat rangkaian ekonomi yang rumit, mewujudkan permintaan untuk petani pisang, pengeluar minyak masak, dan pembekal gas memasak. Pertimbangkan perkelanaan sekeping wang kertas sepuluh ringgit yang diserahkan di atas kuali yang berdesir itu. Apabila wang itu berpindah daripada pelanggan kepada penjaja, kemudian daripada penjaja kepada petani, dan seterusnya kepada pembekal, ia mencetuskan tindak balas berantai perdagangan, kemakmuran, dan ihsan sesama manusia. Dari sudut ekonomi, kesan riak ini pada hakikatnya tidak terhad. Ahli ekonomi memanggil fenomena ini sebagai “kitaran pantas wang” (velocity of money). Itu adalah satu petunjuk penting yang mengukur kesihatan dan kecergasan sesebuah ekonomi. Apa yang gagal disedari oleh perancang sosial yang acah serba tahu ialah penjaja kecil itu melakukan lebih banyak usaha untuk menyegarkan masyarakatnya berbanding belasan bantuan kerajaan. 

Penjanaan Kekayaan Sebagai Nilai Sosial 

Apabila prinsip ini diperluaskan, tokoh seperti Elon Musk dan Jeff Bezos melakukan kebaikan yang amat besar semata-mata dengan memenuhi keinginan masyarakat secara meluas—sama ada melalui kenderaan elektrik yang tidak mencemarkan atau logistik global tanpa hambatan. Mereka mengumpul kekayaan peribadi yang melimpah dalam proses tersebut. Itu bukanlah bukti ketamakan tetapi mencerminan nilai ekonomi yang telah mereka hasilkan untuk jutaan orang. Sekiranya mereka gagal menyediakan produk yang berguna, kuasa pasaran akan sudah tidak lama menutup perniagaan mereka. Adam Smith merakamkan pandangan mendalam yang malar segar ini dalam karya agungnya, The Wealth of Nations (Kemewahan Sebuah Negara): 

"Bukan daripada sifat pemurah hati seorang penyembelih lembu, pembuat sarapan, atau pembakar roti yang kita harapkan hidangan makanan kita, melainkan daripada kepentingan diri mereka sendiri."

Walaupun para pedagang bertindak demi kepentingan peribadi, mekanisme pasaran menyelaraskan cita-cita tersebut sehingga masyarakat am dapat menikmati barangan dan perkhidmatan yang amat diperlukan. Inilah takrifan seorang usahawan yang paling kukuh, berfungsi, dan anggun.

Malah sebelum mengambil kira yayasan kebajikan mereka, tokoh seperti Bill Gates dan Warren Buffett telah melakukan "kebaikan" yang jauh lebih besar menerusi perniagaan teras mereka. Secara langsung, mereka mewujudkan ratusan ribu pekerjaan berpendapatan tinggi; secara tidak langsung mereka juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan seluruh industri.

Bagi diri saya, perisian pemprosesan kata ciptaan (wood processing software) Gates telah merintis revolusi dalam karya saya sendiri sebagai penulis. Jika dahulu saya terpaksa menaip semula keseluruhan halaman manuskrip hanya untuk membetulkan satu kesilapan ejaan, hari ini saya dapat membetulkannya hanya dengan satu ketukan kekunci yang cukup lancar. Jumlah waktu produktif yang berhasil dijimatkan di seluruh dunia sungguh menakjubkan.

Keusahawanan, Iman, dan Dilema Melayu

Sungguh mendalam dan sarat dengan iktibar apabila Allah memilih seorang peniaga dan kapitalis yang berpengalaman sebagai Rasul Terakhir-Nya. Islam tidak pernah memandang hina perdagangan; sebaliknya, ia memuliakan perniagaan yang beretika. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW: "Peniaga yang jujur lagi amanah akan bersama para nabi, orang-orang yang jujur, dan para syuhada pada Hari Kiamat."

Di mana masyarakat yang mundur dan jumud, saya akan tunjukkan sebuah masyarakat yang menindas kebebasan serta tidak menghormati para usahawan mereka. Begitu juga dengan negara. Di mana kerajaannya bercampur tangan secara keterlaluan dalam urusan perniagaan, itu akan mematikan nita serta naluri perusahan kreatif warganya.

Malaysia merupakan contoh utama. Warganegara bukan-Melayu secara sejarahnya telah membuktikan daya tahan keusahawanan yang luar biasa justru kerana "Big Brother"—iaitu tangan berat naungan kerajaan—tidak wujud untuk memanjakan atau mengarah mereka. Mereka terpaksa berinovasi, bersaing, dan bertahan berteraskan kebolehan mereka semata-mata.

Lihatlah negara Cina. Hanya dalam masa dua keturunan sahaja mereka bangkit daripada satu negara yang lumpuh dalam kesengsaraan ekonomi kerana kerajaan totalitarian mereka lebih mengutamakan aparat parti yang parasitik berbanding golongan pengeluar dan inovator. Para pemimpin moden China kini telah mempelajari iktibar pahit daripada keterlanjuran campur tangan kerajaan lalu membebaskan sektor perusahaan swasta, seterusnya mencetuskan keajaiban ekonomi yang tiada bandingannya.

Malangnya kearifan asas yang mudah ini terus terlepas daripada kefahaman kepimpinan politik Melayu, dulu mahupun sekarang. Selagi kita tidak berhenti memandang serong terhadap usaha individu—dan selagi kita tidak berhenti berwatak seperti Sultan yang paranoid yang mengeksekusi budak lelaki berpagarkan batang pisang itu, kita akan terus terperangkap dalam kemunduran yang kita cipta sendiri. Kita tidak boleh salahkan bangsa lain. 

 

Sunday, November 01, 2026

Rewarding Those "Doing Good"

 

Rewarding Those “Doing Good”

M. Bakri Musa

Excerpted from my “Qur’an, Hadith, And Hikayat: Exercises In Critical Thinking” (2021)

November 2, 2026

Consider the converse of that famous hadith on combatting evil: first try to change it with our hands; failing that, tongue; and if even that fails, then with our heart—though that is the weakest of faith. What, then, should be our impulse when we witness something good being done? How do we react when a member of our community acts with initiative, intelligence, or civic enterprise and thus benefitting the general community?

A Malay folklore, Hikayat Singapura Dilanggar Todak, (Singapore Invaded by Swordfish) offers a stark, chilling answer. It relates the story of a bright young boy, Hang Nadim, who saved Singapore from the devastating onslaught of flying swordfish. His brilliant solution was simple yet ingenious: plant bananas along the shoreline so the sharp snouts of the attacking fish would be impaled upon the soft stems rather than on human flesh.

This story is our tropical equivalent of the Dutch boy who saved his village by sticking his finger in the leaking dike. Yet look at the cultural divergence: in Holland, the boy became an immortalized national hero; in Malay culture, the young boy’s brilliance was perceived as a mortal threat to the Sultan’s fragile ego. The ruler, paralyzed by insecurity and advised by sycophantic courtiers, ordered the boy executed.

That tragic hikayat is not merely an ancient fable; it remains a poignant metaphor for a persistent cultural malady. We routinely punish or suppress the very intellect and enterprise that could save us.

 

The Genius of the Everyday Entrepreneur

Doing “good” can take many forms. Starting an economic enterprise—however humble—is one of the most vital. Take the roadside goreng pisang hawker. His humble stall represents the most elemental form of capitalism, the baseline of human enterprise. Yet there are immense dignity and civic virtues as well as value in his daily hustle. First, he directly meets the immediate needs of his community by providing affordable sustenance. Second, he sits at the center of an intricate economic web, creating demand for banana farmers, palm oil refiners, and cooking gas distributors.

Consider the journey of a single ten-ringgit note handed over that sizzling wok. As that bill moves from the customer to the hawker, then from the hawker to the farmer, and onwards to the supplier, it triggers a chain reaction of commerce, prosperity, and human goodwill. In economic terms, this ripple effect is virtually infinite.

Economists refer to this as the velocity of money—a key barometer measuring the health and vigor of an economy. What the high-minded social planner fails to realize is that the humble hawker does more to invigorate his community than a dozen government handouts ever could.

 

Wealth Creation as Social Value

Scaling up this principle, figures like Elon Musk and Jeff Bezos do immense good simply by fulfilling societal demand at a much greater magnitude—whether through non-polluting electric vehicles or frictionless global logistics. That they amass vast personal fortunes in the process is not evidence of greed, but a reflection of the economic value they have generated for millions. Had they failed to deliver useful products or services, market forces would have shuttered their doors long ago.

Adam Smith captured this timeless insight in The Wealth of Nations: “It is not from the benevolence of the butcher, the brewer, or the baker that we expect our dinner, but from their regard to their own interest.”

Though merchants act out of self-interest, the market mechanism harmonizes that ambition so that society receives essential goods and services. That remains the most functional, elegant definition of an entrepreneur. Even before considering their philanthropic foundations, figures like Bill Gates and Warren Buffett did more “good” through their core commercial ventures. They also created thousands of high-paying jobs; indirectly, they catalyzed entire industries.

On a personal level, Gates’ word-processing software revolutionized my own craft as a writer. Where I once had to retype an entire manuscript page to fix a single typographical error, today I correct it with a seamless keystroke. The productive hours saved across the globe are staggering.

 

Enterprise, Faith, and the Malay Dilemma

It is profoundly as well as deeply instructive that Allah had chosen as His Final Messenger a man who was himself a seasoned trader and capitalist. Islam does not denigrate commerce; it sanctifies ethical trade. As the Prophet Muhammad (peace be upon him) noted: “The truthful and trustworthy merchant will be in the company of the prophets, the truthful, and the martyrs on the Day of Judgment.”

Show me a backward stagnant society, and I will show you one that starves its entrepreneurs of freedom and respect. Show me a nation where the government aggressively meddles in commerce, and I will show you one that has stifled the creative instincts of its citizens.

Malaysia stands as a primary case in point. Non-Malay citizens have historically demonstrated remarkable entrepreneurial resilience precisely because “Big Brother”—the heavy hand of government patronage—was not there to coddle or direct them. They had to innovate, compete, and survive on merit alone.

By contrast, look at China. Just mere two generations ago, it was paralyzed by economic misery because its totalitarian government favored parasitic party apparatchiks over producers and innovators. Modern Chinese leaders learned the painful lessons of state overreach and liberated private enterprise, unleashing an unprecedented economic miracle.

Regrettably, this simple, fundamental wisdom continues to elude Malay political leadership, past and present. Until we stop viewing individual enterprises with suspicion—and until we stop playing the paranoid Sultan who executes the boy who planted the banana stems—we will remain trapped in self-inflicted backwardness.

Next in this series: The Folly of Misunderstanding Riba and the Fraud of Islamic Finance