(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Tuesday, July 01, 2025

Pentadbiran Anwar Setengah Pengal: Lulus Tetapi Tidak Cemerlang

 Pentadbiran Anwar Setengah Penggal: Lulus Tetapi Tidak Cemerlang

Oleh: M. Bakri Musa

Cabaran terbesar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sewaktu mengambil alih kuasa adalah tiga. Pertama, rasuah yang berleluasa; kedua, institusi yang lemah dan gagal terutamanya Pendidikan; dan tiga, pengaruh kuno kaum Islamisis.

Pada permulaannya, Pentadbiran Anwar menunjukkan sedikit harapan dalam membanteras rasuah walau pun ia mengabaikan yang kedua cabaran lain. Itu mungkin di fahamkan jika tidak diampunkan. Maklumlah kerajaannya adalah gabungan yang janggal, dan dengan itu, terdapat kekangan dalam memperkenalkan inisiatif dan dasar yang bermana serta pemilihan bakat. Tambahan pula jika menentang rasuah itu juga akan mengkokohkan institusi. Institusi yang lemah tidak akan mampu mengendalikan golongan Islamis pelampau dan nasionalis bahasa yang semakin lantang.

Di pertengahan penggal pentadbiran Anwar dianggap Berjaya hanya jika kita bermurah hati dan membandingankan ia dengan kerajaan Itali yang tidak berhenti mendapat mandat tanpa majoriti. Fikirkan beliau telah berjaya mengreka satu gabungan yang pelik dan mustahil. Maklumlah menyatukan UMNO dan DAP di bawah satu bumbung memerlukan kemahiran politik yang cekap dan pintas.

Tambahan pula ambil kira bahawa antara Januari 2018 hingga Disember 2022, dalam tempoh masa lima tahun sahaja, Malaysia ada lima Perdana Menteri, jumlah yang sama seperti separuh abad selepas kemerdekaan.

Bila menilai Anwar sebagai pemimpin, harus diingatkan bahawa kekecewaan terbesar seorang guru bukanlah kerana pelajarnya yang lembab gagal, tetapi sebaliknya bintangnya yang paling cemerlang tidak mencapai potensi penuhnya.

Rakyat Malaysia berharap Anwar yang telah diuji dengan penjara dan diinspirasikan oleh reformasi, walaupun di kejam oleh Mahathir yang zalim, mungkin lebih matang sewaktu memegang jawatan. Harapan ini disokong oleh perkaitannya selama sedekad selepas penjara dengan cerdik pandai di institusi agung seperti Oxford dan Johns Hopkins.

Namun demikian sekarang di pertengahan penggal pentadbiran, Anwar bukan sahaja gagal menangani tiga isu kritikal utama tersebut, malah kini terjerat dalam masalah dalaman partinya yang tidak perlu dan akibat dicipta sendiri. Kehilangan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi tidak mudah diperbaiki kerana Anwar telah gagal menarik bakat baru ke dalam pentadbirannya. Perlembagaan negara memberi jalan berbuat demikian melalui pelantikan sebagai senator.

Anwar juga kini perlu mempertahankan dirinya dalam tuntutan sivil berkaitan seks yang kotor.

Kejayaan awal Mahathir yang menakjubkan dalam menangani rasuah semasa penggal keduanya yang singkat, seperti mensabitkan Najib Razak serta isterinya dalam kes-kes berasingan, bergantung kepada dia melantik orang luar sebagai Peguam Negara dan pendakwa raya. Anwar patut melakukan yang sama.

Beliau kini berpeluang untuk memperkasa semula badan kehakiman. Contohi Lee Kuan Yew yang pada tahun 1990 memilih Yong Pung How, seorang orang luar dengan pengalaman luas dalam sektor swasta. Sekiranya Anwar memilih orang luar sebagai Peguam Negara dua November yang lalu, tidak akan ada beberapa kes DNAA (Dilepaskan Tanpa Dibebaskan) berprofil tinggi sekarang.

Beberapa bulan lepas Anwar berpeluang memilih Ketua Anti-Rasuah yang baru tetapi dia tidak berbuat demikian. Penyandang jawatan itu kelihatan keliru, menganggap memerangi rasuah sebagai soal siasat dan siasatan yang berpanjangan. Failkan dan dakwa serta berhentikan sidang media tunjuk-dan-beritahu yang tidak berkesudahan.

Golongan Islamis juga naik angin dengan perkara yang remeh seperti cara pakaian guru. Sekarang mereka sibuk pula mengenalankan “Hadis Empat Puluh Imam Nawawi” ke dalam sekolah. Anwar dan Menteri Pendidikan sepatutnya memperkenalkan lebih banyak sains dan matematik, atau menggunakan Hadis Empat Puluh itu bukan sebagai bacaan tidak berkesudahan tetapi sebagai latihan untuk berfikir dengan kritis. Sementara itu, prestasi pelajar kita di PISA terus merosot.

Anwar dengan kemahiran politiknya akan menamatkan penggalnya dengan penuh. Di situlah terletaknya perangkap yang memikat. Beliau tidak seharusnya mempertimbangkan untuk bertanding bagi penggal kedua. Itu akan sekali gus menanamkan rasa terdesak dalam dirinya.

Contohi Presiden Reagan; beliau menganggap penggal pertamanya seolah-olah itu adalah peluangnya terakhir. Dia tidak terlalu pintas mindanya tetapi dia mempunyai kebijaksanaan untuk menarik ramai bakat baru dan cemerlang ke dalam pentadbirannya. Dia juga selesa dengan mereka. Anwar patut melakukan perkara yang sama. Perkasakan perkhidmatan awam yang sangat tertutup dan tertekan dengan mentaliti senioriti. Perkhidmatan itu memerlukan lebih banyak suntikan bakat diperingkat tinggi untuk memecahkan mentaliti "pesawat terbang beratur sabar menunggu slot pendaratan mereka".

Anwar mempunyai kedudukan dan kelayakkan untuk mencabar golongan Islamis dan nasionalis bahasa dan fikiran kebelakangan mereka. Beliau tidak perlu melayan mereka. Hapuskan tiga cabaran nasional kritikal itu dan Anwar tidak perlu bertanding untuk penggal kedua.

Saya berpendapat bahawa pendedahan antarabangsa seorang pemimpin berkait songsang dengan keberkesanannya di dalam negara. Siapa tahu pemimpin Taiwan? Tetapi seluruh dunia kenal nama Zelensky, seorang yang korup dan tidak cekap. Selain daripada itu, pada seorang berusia seperti Anwar, jet lag yang tidak dapat dielakkan adalah beban yang besar.

Seorang pemimpin bukanlah seorang populis atau peniup seruling seperti dalam cerita kuno Europah. Yakni sekadar mengikut rentak ramai. Juga elok juga diingatkan bahawa pechahan terbesar dalam dunia Islam, yang masih terasa gaungnya hingga ke hari ini, berlaku apabila Ali, menantu dan anak sepupu Nabi, menjadi Khalifah keempat. Bayangkan jika beliau anak Nabi dan menjadi Khalifah pertama atau kedua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home