(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Thursday, August 14, 2025

Biology Pembelajaran

 Biologi Pembelajaran

M. Bakri Musa

Petikan #19: dari buku saya, Qur'an, Hadith, And Hikayat: Exercises In Critical Thinking

Aug 14, 2025

Satu pandangan yang menarik berkenai sains belajar datang dari kajian dengan cacing pipih Planaria sp. Satu kajian pada tahun 1950-an mendapati bahawa cacing ini boleh diajar (melalui pengondisian operan dengan ganjaran makanan) untuk memilih saluran air. Lebih menarik, jika anda memotong cacing itu, dan setiap dua bahagian itu menjana semula kepada bentuk asalnya, kedua “anak” cacing itu akan mengekalkan tingkah laku yang telah dipelajari itu oleh “bapa” mereka.

Ada tambahan yang lebih menarik. Yakni jika kita concang cacing yang 'berilmu' itu dan berikannya kepada anak cacing Planaria untuk dimakan, anak itu juga akan membesar dengan kemahiran cacing yang dimakannya tanpa sebarang latihan atau ajaran tambahan. Andainya jika ini boleh berlaku kepada manusia, pasti pengajaran kalkulus akan menjadi lebih mudah!

Kajian Planaria yang awal itu kini menemui angkaran baru. Tikus yang tua sukar di ajar berbanding dengan tikus yang lebih muda. Itu tidak mengejutkan. Walau bagaimanapun, apabila seekor tikus tua diberikan darah (parabiosis) dari tikus muda, tikus tua itu juga menjadi pelajar yang pantas. Eksperimen itu kurang berfokus pada kajian bagaimana kita belajar, sebaliknya kepada kesan umur hidup atau penuaan terhadap pembelajaran.

Namun pun begitu, kajian yang ringkas ini mengakibatkan beberapa klinik dibuka untuk yang menawarkan transfusi darah (dan produknya) dari penderma yang muda kepada pelanggan yang tua. Klinik tersebut beres maju. Tetapi ajensi Pentadbiran Perubatan Makanan Persekutuan (FDA) Amerika Syarikat cepat merentah mereka ditutup.

Satu lagi jenis pembelajaran memerlukan perbincangan berasingan. Anataranya belajar membaling bebas bola keranjang. Apabila balingan pertama tidak berjaya, anda akan menyesuaikan diri dengan sewajarnya sehingga anda mendapat balingan yang betul. Bahan penting di situ adalah maklum balas serta-merta, termasuklah bimbingan dari jurulatih. 

Dari segi neurobiology, setiap kali balingan anda berjaya, otak kamu akan mengingatkan litar itu. Apabila lebih banyak balingan yang berjaya dilakukan, laluan itu diperkukuhkan sehingga ia menjadi laluan yang cepat dan beres. Laluan awalnya memanglah lambat tetapi dengan kebiasaan impuls neuron itu akan melalui lebuh raya yang sangat laju.

Ahli sukan merujuk kepada itu sebagai “ingatan otot,” atau “muscle memory.” Sebenarnya ingatan itu bukan di otot tetapi di dalam sistem saraf, dari otak ke saraf tunjang dan saraf periferi ke otot. Tahap kemajuan yang dialami oleh pelajar apabila bermain alat muzik (atau sebarang kemahiran baharu) mencerminkan penyusunan semula laluan saraf ini.

Berbalik kepada membaling bola keranjang, itu adalah kemahiran motor tulen. Dalam sesuatu permainan, anda berada dalam persekitaran yang dinamik di mana anda perlu mengambil kira apa yang akan dilakukan oleh lawan dan rakan sepasukan anda. Itu melangkaui kemahiran bertambah dari hanya yang motor kepada beberapa komponen kognitif atau berfikir. Itu akan menambahkan lonjakan ketepatan beberap kuantum lebih kompleks.

Kerumitan proses pembelajaran ini boleh ditunjukkan secara ketara dengan kajian Greg Ashby dari Universiti California Santa Barbara. Dia ada seorang pesakit Parkinson yang teruk. Dalam penyakit ini, bahagian lama otaknya telah merosot, mengakibatkan pengeluaran neurotransmitter dopamin yang berkurangan. Pesakit Parkinson juga biasanya mengalami gegaran, kekakuan otot, dan dengan itu ketidakupayaan untuk berjalan. Sebahagian daripada rawatan adalah untuk memberikan ubat yang akan meningkatkan pengeluaran dopamin atau mengurangkan kemusnahannya.

Pesakit Parkinson ini hampir tidak boleh berjalan oleh sebab ketegaran dan kekakuan serta kelemahan ototnya. Ashby kemudian meletakkannya di atas basikal, dan dia terus mengayuh tanpa teragak dan tidak jatuh. Namun begitu, sebaik sahaja dia berhenti, dia terpaksa dibantu supaya tidak tersadung kerana dia tidak dapat mengembalikan gaya berjalan dan keseimbangannya.

Ashby menunjukkan bahawa terdapat banyak sistem pembelajaran dengan manusia yang melibatkan bahagian otak yang berbeza, dari bahagian “otak lama” yang berkaitan dengan berjalan dan gaya berjalan, ke bahagian tengah dan ke kawasan pre-kortikal yang lebih baru yang terlibat dengan pembelajaran “tinggi,” seperti mengayuh basikal atau bermain piano. Dia menunjukkan bahawa pesakit Parkinson hanya mengakibatkan pembelajaran “lama” mereka seperti gaya berjalan yang terjejas, tetapi bukan pembelajaran “baru” seperti mengayuh basikal. Penyanyi legenda Tony Bennett masih boleh mengingat lirik lagunya dan menyanyi dengan sempurna di khalayak ramai setelah didiagnosis dengan penyakit Alzheimer. Namun begitu, dia tidak dapat pun mengingati nama ahli bandnya.

Salah satu terapi yang digunakan dengan pesakit seperti Parkinson itu adalah untuk menggalakkan mereka menggunakan pembelajaran “baru” yang telah mereka perolehi kemudian dalam kehidupan, seperti menyanyi, bermain piano, atau mengayuh basikal untuk mengekalkan otot mereka dan lebih penting lagi, semangat dan emosi mereka.

Dengan berbagai sistem pembelajaran dan bahagian otak yang terlibat, wajarlah jika seseorang akan mempunyai gaya pembelajarannya yang berbeza serta yang paling berkesan untuknya. Sesetengahnya belajar paling baik melalui melihat, yang lain melalui mendengar atau melakukan.

Saya bernasib baik kerana sedar akan perbezaan dalam kebolehan otak saya sendiri pada awal tahun kolej saya. Saya menyedari bahawa saya boleh mengingat lebih baik apabila saya mendengar sesuatu seperti dalam kuliah, berbanding dengan membaca. Saya mengambil kesempatan itu dengan tidak pernah terlepas kuliah saya. Saya mendapati pelbagai petunjuk yang berkaitan tetapi tidak sedar seperti suara profesor saya, ekspresi muka, dan malah jaket yang dipakainya serta reaksi kelas semuanya adalah petunjuk yang membantu untuk pembelajaran dan ingatan saya.

Satu-satunya masa di mana pembelajaran saya melalui membaca akan melebihi pembelajaran dari mendengar (seperti mendengar kuliah atau menonton video) adalah apabila saya membaca sesuatu yang ditulis dengan sangat baik. Oleh itu, saya lebih suka membaca novel dan sastera yang hebat berbanding menonton versi filemnya.

Guru perlu sedar terhadap pelbagai model dan corak pembelajaran untuk memahami murid mereka. Begitu juga, kita harus mengenali satu atau dua model pembelajaran yang paling sesuai dengan diri sendiri, dan mengambil kesempatan daripada itu.

Seterusnya: Model Pembelajaran Yang Berbeza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home