(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, November 19, 2025

MengIslamkan Ilmu: Hanya Fesyen Jika Tidak Satu Penipuan Besar

 MengIslamkan Ilmu: Hanya Fesyen Jika Tidak Satu Penipuan Besar

Petikan #30 daripada buku saya: Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking 16 November 2025

Fesyen semasa ialah “MengIslamankan Ilmu.” Yang lebih merosakkan adalah anggapan angkuh bahawa ilmu agama itu kononnya lebih unggul berbanding rakan sejawatnya yang dipanggil secular. Itu adalah satu bida’ah dan pencemaran iman yang baharu muncul dikalangan terpelajar umat Islam semasa. Keangkuhan tunggal ini membawa kemudaratan besar kepada ummah serta membatutkan perkembangan intelektual Islam.

Seperti yang ditulis oleh Reza Nasr, “Projek PengIslaman ini... telah dibentuk lebih dalam semangat wacana politik dan bukan usaha akademik yang waras serta tulen. Ia lebih kerap dibarisi oleh ‘pemikir’ yang diangkat sendiri dan yang bukannya pakar tulen dalam bidang yang mereka ingin mencuba revolusikan.” 

Saya setuju dengan keraguan Reza Nasr tentang konsep Pengislaman Ilmu serta penyokong utamanya, tokoh terkemuka seperti Syed Naquib Al-Attas. Saya amat menghormati beliau sebagai seorang intelektual dan sosiolojis, tetapi apabila beliau tersasar jauh seperti dalam kajian sains tulen, itu satu perbuatan yang kurang bijak dan sukar untuk saya memahaminya. Si Syed ini memperolehi PhDnya dalam sosiologi dari Britain. Sebelum itu beliau bersekolah di Malaysia. Maknanya, pemahaman beliau tentang sains tulen dan asas adalah di peringkat rendah sahaja (yakni Tingkatan V atau Tahun Persekolahn 11) tidak seperti calon kedoktoran di Amerika yang mana mereka perlu mengambil kursus peringkat kolej dalam sains dan matematik.

Kembali kepada pengislamkan ilmu, para sarjana terdahulu sezaman dengan Nabi, mereka tidak sekali segan mengritik antara mereka dan satu sama lain bahkan terhadap Baginda sendiri. Sumbangan para sarjana purba ini begitu tebal dan menakjubkan sehinggakan umat Islam terkemudian memutuskan bahawa mustahil ada apa yang baru boleh ditambah. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap insan selapas itu hanyalah mematuhi diktat dan kebijaksanaan para cendekiawan kuno itu.

Dengan itu bermulalah apa yang disifatkan sebagai “Penutupan Pintu Ijtihad” (atau wacana rasional). Dengan itu tumpuan beralih kepada kepatuhan buta atau sejauh mana kita dapat mencontohi pendahulu kita yang ulung dengan taat. Era taqlid atau kepatuhan ketat ini mengekalkan cengkaman eratnya ke atas ummah sehinggalah ke hari ini.

Faktor lain yang menyumbang kepada taqlid yang tidak terkawal ini berbeza serta bertentangan dengan tajdid atau pembaharuan yang lebih rancak sejak pada awal zaman Nabi s.a.w. Maknanya, setiap sarjana atau ulamak dengan tafsiran baru mereka akan memulakan pergerakan baharu mereka sendiri yang mengakibatkan perpecahbelah ummah dengan lebih lanjut lagi. Jika keadaan ini berterusan, umat Islam mungkin dibebani dengan perpisahan yang tidak berkesudahan. Itu akan melemahkan akidah.

Sebelum itu terdapat ramalan Nabi s.a.w. yang suram. Yakni bahawa pengikutnya akan berpecah kepada 73 mazhab, dan di antaranya hanya satu sahaja yang benar dan tulen, yang lain semuanya sesat dan menuju ke Neraka. Oleh itu, mereka sibuk membunuh sesama sendiri dan mencipta neraka untuk diri mereka dan orang lain di dunia fana ini supaya mereka dapat memasuki Syurga mengikut pandangan mereka.

Taqlid atau kepatuhan buta tidak memberi ruang untuk perbezaan, dan perbezaan adalah sifat semula jadi manusia. Apabila perbezaan itu berkembang, seperti yang tidak dapat dielakkan, ia membawa kepada perpisahan yang tidak dapat dipulihkan. Ibarat asas bangunan, jika terlalu tegar ia tidak akan menahan tekanan dan akan runtuh dengan gempa bumi kecil.

Perpecahan pertama dan tidak dapat dipulihkan di kalangan umat Islam berlaku sejurus selepas kewafatan Nabi. Yakni berhubung dengan siapa yang berhak mengganti Baginda. Ada antara mereka yang percaya pada kebijaksanaan kenabian bahawa “yang terbaik di antara kamu yang patut memimpin” berbanding mereka yang mahukan ahli keluarga Nabi mempunyai ilahi yang istimewa. Beliau (sekali lagi sentiasa waris yang lelaki sahaja) dipercayai menikmati atau berada di bawah lindungan keberkatan istimewa Nabi daripada Allah. Perbezaan ketara itu menimbulkan kaum Sunni yang percaya pada “yang terbaik di antara kamu” berbanding kaum syiah yang mengakui bahawa pengganti Nabi mestilah keturunan lelakinya.

Satu mazhab kecil kaum syiah, kaum Ismaili, mendakwa bahawa pemimpin mereka, Aga Khan, adalah seorang keturunan Nabi, s.a.w. Kaum Ismaili juga merupakan kumpulan Muslim yang paling ulung. Mereka mencerminkan teras dalaman akidah kita dengan terbaik dengan menekankan pendidikan, membebaskan wanita mereka, dan membina sekolah serta hospital. Mereka menekankan pemberian zakat, bukan berapa kali anda menunaikan solat Tahajjud atau mengerjakan Haji dan Umrah.

Kaum Ismaili tidak berminat untuk “mengIslamkan” apa-apa. Sebaliknya mereka sibuk menterjemahkan ajaran Rasulallah dan al-Qur’an ke dalam kehidupan mereka seharian. Pengajaran unggal itu terlepas pandang oleh kebanyakan umat Islam.

Seterusnya: Pembela Akal Dalam Islam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home