Al Quran Dan Hadis Sebagai Teks Sassera
Al-Quran dan Hadis Sebagai Teks Sastera
Petikan #26 daripada buku saya: Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking. 15 Oktober 2025
Al-Qur’an ialah wahyu daripada Allah. Umat Islam menerima hakikat ini. Memandangkan kepentingan serta keistemewaan Al-Qur’an, Rasulullah juga melarang pengikutnya menghafal kata-kata baginda atau mencatat perbuatan baginda. Baginda bimbang itu kelak mungkin disalah tafsirkan dan mengatasi atau mendahului keutamaan wahyu. Sebaliknya umat Islam perlu memberi tumpuan utama kepada wahyu Allah sahaja.
Kewaspadaan dan kebijakan Rasulullah ternyata. Umat Islam, dahulu dan kini, berpecah-belah bukan kerana tafsiran Al-Quran (semua setuju dan beriman pada mesej utama itu tetapi kerana perbahasan dan pertingkaran yang tidak produktif dan memecah-belah mengenai perbuatan dan kata-kata (sunnah) Rasulullah yang diandaikan itu. Kita sibuk dengan menentukan kesahihan (atau tidak) hadis serta perbuatan Rasullah dan menjauhi makna atau ajaran tertentu. Kita mengalihkan perhatian daripada menghayati dan memahami niat sebenar sunnah atau pengajaran yang terkutip daripadanya.
Renungkan, apabila kita menyatakan bahawa Al-Quran adalah firman Allah, kita secara tersirat bermaksud Allah boleh, seperti manusia, bercakap, malah dalam bahasa Arab pula! Mengaitkan sifat maknusia kepada Allah (Anthropomorphizing Allah) adalah dosa yang besar dan tidak terampun dalam fahaman Islam. Walau bagaimanapun, percanggahan ini terlepas dari pandangan kebanyakan orang Islam.
Berbalik kepada hadis, ulama Islam meletakkannya dalam spektrum kebenaran, daripada yang sahih kepada yang terus terang palsu. Persoalan yang lebih utama serta nyata ialah bagaimana seseorang itu boleh memastikan kesahihan sesuatu yang diandaikan telah diucapkan atau dilakukan oleh Rasulullah lebih daripada 1400 tahun lalu. Namun begitu, banyak tenaga dan usaha membazir dengan usaha yang sia-sia ini. Yang lebih terkilan ialah perbincangan mengenai hadis lebih menimbulkan pertengkaran serta perpecahan. Patutnya ianya memberi pencerahan, penyelesian, serta ajaran.
Lebih banyak faedahnya jika kita berbincang atas pengajaran yang boleh diambil daripada hadis dan mengaitkannya dengan cabaran semasa.
Pada awalnya Rasulallah menyuroh umat Islam menghafal hanya Al Qur’an dan melarang pengikutnya menulis kata kata atau perbuatan Rasulallah. Baginda takut bahawa ucapannya serta kelakuannya diutamakan oleh umat Islam. Oleh sebab ramai penghafal Al Qur’an terdahulu terbunoh dalam peperangan, ayat Al Qur’an terpaksa ditulis pada kulit kayu, dan bahan-bahan lain untuk memeliharanya. Tidak lama kemudian, seperti yang dijangka, terdapatlah beberapa perbezaan atas loghat dan perletakkan tanda baca seperti koma, noktah, dan tanda tanya.
Dalam tradisi lisan sebelum budaya menulis, masalah memahami boleh diandaikan melalui cara dan nada bercakap. Apabila ditulis, si penulis terpaksa menambah tafsiran yang diperlukan melalui penggunaan tanda baca. Disinilah timbulnya perbedzaan.
Berikutan kewafatan Rasulullah dan untuk mengekalkan sedikit keseragaman Al Qur’an, Khalifah Uthman mengarahkan hanya satu sahaja versi Al-Quran yang diiktiraf sebagai rasmi. Itu dirujuk sebagai Mushaf Uthman, satu pengiktirafan tersirat bahawa terdapat versi lain yang sama sahnya. Walau bagaimanapun, dengan peredaran masa, versi Uthman terus menjadi Al-Quran yang muktamad. Bagi memastikan perkara itu terjadi, beliau terus mengarahkan naskah yang lain dibakar atau dikuburkan.
Tetapi tabiat maknusia susah hendak diatasi. Ramai pemilik salinan Al Qur’an yang awal serta berharga itu enggan berbuat demikian kerana salinan itu adalah pusaka pukka dan keluarganya yang berharga. Mereka tidak mungkin membakarnya. Beberapa salinan lama itu telah sekarang dijumpai. Oleh sebab udara padang pasir yang kering, salinan itu kekal dan terpelihara dengan baik.
Bagi mereka yang yakin atas keimanannya, penemuan salinan Al Qur’an yang lain ini tidak akan menggangu iman mereka. Sebaliknya itu akan membantu serta memberi cahaya atau pencerahan tambahan pada agama agung ini. Bagi yang lain, itu merupakan ancaman kepada susunan dan tafsiran yang sedia ada.
Seperti teks yang lain, kecuali mungkin buku matematik yang kering dan ringkas, kita membawa nilai dan pandangan kita sendiri apabila membacanya. Itu adalah teori tindak balas pembaca (Readers’ Response Theory) terhadap penghayatan sastera yang di kemukakan oleh pakar pendidik Louise Rosenblatt. Pada penulis Perancis Marcel Proust pula, “Karya penulis hanyalah sejenis instrumen optik yang dia berikan kepada pembaca supaya dia dapat melihat dirinya apa yang mungkin tidak pernah dilihatnya dalam dirinya tanpa buku itu.”
Saya telah mendengar beberapa tafsiran Al-Quran serta hadis yang tidak terkira banyaknya. Jumlah itu meningkat tertinggi dengan kemunculan media sosial. Berbeza dengan pemerhatian Proust tentang pembacaan, dengan video media sosial saya juga dapat mengetahui tentang si penyampai tafsiran yang akan menambah nilai kandungannya. Itu memberi satu lagi istimewa yang ketara bila di bandingkan dengan membaca sahaja.
Seterusnya: Petikan #27: Jerat Tafsiran Yang Literal



0 Comments:
Post a Comment
<< Home