(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, October 22, 2025

Jerangkap Tafsiran Se Kilas Pandang

 Jerangkap Tafsiran Se Kilas Pandang

Petikan #27 dari buku saya: Qur’an, Hadith, and Hikayat: Exercises In Critical Thinking. 19 Oktober 18, 2025

Al-Qur’an bukanlah sebuah buku dalam pengertian semasa, dan Nabi Muhammad, s.a.w., pula bukanlah pengarangnya. Al-Qur’an adalah kumpulan wahyu dari Allah yang telah diturunkan dalam jangka masa 23 tahun kepada Baginda. Wahyu itu semestinya diluahkan dalam bahasa serta cara zaman semasa. Nyatalah bahawa istilah, perpatah serta gambaran yang memberi makna atau membangkitkan perkara dan emosi yang tertentu kepada kaum Badawi di padang pasir pada abad ke-7 sudah tentulah berbeza dengan seorang nelayan Melayu di abad ke-21 di negeri yang beriklim tropika. Kegagalan untuk menghargai realiti utama inilah yang menimbulkan pelbagai salah faham.

Wahyu purba itu semestinya diungkapkan dalam bahasa Arab yang sedia ada. Apa yang dirujuk oleh Shahab Ahmed dalam bukunya, What Is Islam? The Importance of Being Islamic (Apa Itu Islam? Kemustahakan Keislaman) sebagai “pra-teks.” Itu adalah selain daripada “kon-teks,” yakni keadaan semasa apabila wahyu tersebut di keluarkan. Dalam pra-teks istilah “puisi” bermakna mengejek atau mengutuk seseorang serta merendahkan dan meremehkan mereka. Penyair menggunakan bakat mereka untuk memburukkan dan mencemuh se seorang. Sebaliknya pada hari ini si penyair dihormati tinggi, dan kata mereka memberi semangat kepada pendengar dan pembacanya. Al-Qur’an sendiri berbunyi dan berirama puisi. 

Jelas bahawa istilah yang sama boleh menyampaikan makna yang sangat berbeza bahkan terus bertentang berdasarkan penggunaan, loghat, dan nada. Ucapan ringkas “Saya cintakan mu!” yang diluahkan dengan nada sindir akan membawa maksud yang bertentangan, walaupun anda tidak menambah “Apa lagi yang hang mahu!” Dalam teks, kita akan memahami selok-belok sedemikian melalui pembacaan yang teliti dan memperhatikan konteks, serta imej dan metafora yang digunakan.

Berbalek kepada Al-Qur’an, yang paling asas ialah hanya bacaan semata mata (tilawah) sahaja dengan menghormati bunyi dan frasa, yakni tajwid. Dengan itu terdapatlah persamaan bunyi samaada Al-Qur’an dibaca oleh seorang Saudi, Pakistani, malah seorang berloghat Kelantan atau Minangkabau pun. 

Selepas itu tafsir. Para ulama purba telah melakukan kajian cemerlang mereka untuk menjadikan teks suci itu bermakna kepada kehidupan masyarakat mereka. Namun, masyarakat mereka sangat berbeza daripada kita, baik dari segi sifat mahupun cabaran yang mereka hadapi. Menerima secara membabi buta kebijaksanaan orang dahulu tidak akan memberi faedah kepada kita atau menghormati tafsiran mereka. Para ulama purba telah pun mengingatkan kita tentang bahayanya taqlid atau tiruan buta. Sebaliknya mereka menekankan tajdid atau pembaharuan dan reformasi. Itu memerlukan usaha yang gigih dan keberanian yang tulen.

Saya teringat cerita seorang paderi yang dihantar ke Artik Kanada. Dalam khutbah pertamanya, dia penuh dengan amaran api neraka yang belerang, memberi amaran kepada jemaahnya tentang hukuman di Neraka bagi mereka yang melanggar amaran Tuhan. 

Bayangkanlah kegentaran paderi itu apabila keesokan harinya jemaahnya seronok melakukan semua perbuatan maksiat yang telah dilarangkan. Apabila ditanya, mereka menjawab, “Tuan Paderi! Kami semua mahu masuk ke tempat di mana api besar dan panas itu menyala sepanjang masa!”

Di negara tundra yang selamanya beku, api yang menyala abadi adalah nikmat syurga. Bahaya antara literal dengan metafora! Amaran kepada mereka yang berpuas hati dengan hanya memuntahkan kata tokoh terkemuka purba.

Ini membawa kita kepada asas ketiga dan paling penting bila membaca Al-Qur’an, yakni tadabbur, menterjemahkan teks suci itu supaya bermakna dan berguna kepada kehidupan seharian kita. Itulah cabaran utama dan sebenarnya.

Saya teringat semasa zaman sekolah dahulu peristiwa dengan seorang guru yang bukan Islam. Dia memetik satu ayat Al-Qur’an yang kononnya bermaksud orang Islam tidak boleh berkawan dengan orang bukan Islam. Dia bertanya sama ada saya percayai ayat itu. Saya menjawab dengan tegas dan tanpa ragu, “Tidak!”

Dia terkejut. “Maksudnya awak tidak percaya Al-Qur’an?” dia mencabar saya.

Saya menegaskan sekalai lagi bahawa saya tidak percayai dengan kenyataan dia.

“Awak seorang Muslim kan?” dia terus mendesak. Saya kekal tidak berunsur. 

Tidak lama kemudian, khabar angin tersebar dengan pantas—didorong oleh guru ini—bahawa ada seorang budak Islam yang tidak percayai Al-Qur’an. Kalau dikatakan saya tidak takut dengan kenyataan itu mungkin saya berbohong. 

Keesokan hari saya dipanggil ke kelas lain yang diajar oleh guru ini. Apabila saya tiba, saya disambut dengan renungan bermusuhan, lebih teruk lagi sebab ini adalah kelas "D." Sekolah di Malaysia mengalirkan pelajar mereka mengikut kepentisan akademik. Maknanya kelas D ini dipenuhi dengan mereka yang lebih berminat kepada sukan. Renungan mereka sahaja cukup paling menggerunkan. Saya adalah seorang heretik yang akan dilemparkan ke dalam kolam penuh dengan buaya yang gelisah.

“Inilah budak Islam yang sesat dan tidak mempercayai Al-Qur’an,” guru ini memulakan. Saya merasakan haba api tiba dari para pelajar tersebut. 

Guru ini kemudian meneruskan ceritanya. Saya berasa kosong, malu dan merenung ke hadapan. Apabila dia selesai, dia dengan penuh kemenangan mengisytiharkan, “Lihatlah seorang berugama Islam yang tidak percaya kepada ....”

Saya terus memotong perkataan guru itu. “Saya tidak kata demikian, hanya saya tidak percaya kepada tafsiran awak!”

Dia tersentak, mukanya merah, matanya bergulir, dan bibirnya menggigil tidak tahu bagaimana untuk membalas sanggahan lancang saya yang tidak dijangka serta tajam pula. Mencabar seorang guru mungkin dijangka dan di puji dalam kelas di Amerika tetapi di Asia itu disifatkan satu biadab terbesar dan tanpa diampuni.

Memandangkan dia dan saya tidak memahami Bahasa Arab, perkara itu tergantung di situ sahaja, satu kebuntuan murid rendah seperti Mexican standoff yang bukan sahaja berbahaya malah badut. Terasa tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas, dia menyuruh saya pergi sahaja keluar. Saya berasa boleh terbang keluar kerana keringan badan akibat beban berat yang telah terus hapus. Tambahan pula gelora adrenalin yang kini menaikkan semangat saya!

Di situlah letaknya masalah terbesar. Kita senang berpuas hati dengan hanya menghafal Al-Qur’an dan hadis. Memang diakui, apabila Al-Qur’an dibaca dengan indah dan mempatuhi tajweednya, itu akan membawa air mata kepada pendengarnya, sama seperti satu aria yang endah dilaksanakan walaupun si pendengar pekak nada dan tidak memahami Bahasa Latin.

Amat menyedihkan bahawa Islam diajar, diamalkan, dan disebarkan sedemikian di kebanyakan dunia Islam. Yang amat lebih sedih lagi, kita berpuas hati dengan itu. Ada tempat khas di Neraka bagi mereka yang berani mempersoalkan agama, kita umat Islam sentiasa diingatkan. Itu disifatkan seumpama mempersoalkan iman dan agama. Inilah yang menghalang umat Islam untuk berfikir, secara kritis atau sebaliknya, apabila membaca Al-Qur’an dan hadis, serta dengan segalanya.

Seterusnya: Petikan #28: Taqlid (Kepatuhan) dan Tajdid (Pembaharuan)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home