(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, October 01, 2025

Enggan Berfikir Dengan Kritis Mungkin Memberi Maut

 Enggan Berfikir Dengan Kritis Mungkin Memberi Maut

M. Bakri Musa

Petikan #24 dari buku saya: Qur’an, Hadith, dan Hikayat: Latihan Dalam Pemikiran Kritis.

Oct 1, 2025

Gagal berfikir dengan teliti dan kritis mungkin membawa maut kepada anda dan mereka yang anda sayangi. Ini terlebih lagi dalam perkara aqidah. 

Pada tahun 1978, seorang paderi kulit putih di California membawa jemaahnya yang terdiri daripada ratusan orang berbagai kaum dan warna kulit berhijrah ke syurganya di dalam hutan di Jonestown Guyana, Amerika Selatan. Sebelum itu dia dianggap sebagai paderi terkenal serta di puji dan di alukan oleh tokoh California. Jim Jones merupakan seorang paderi yang moden dengan keluarga angkatnya dari pelbagai kaum dan pengikutnya yang sama pelbagai warna dan kaum. Dengan atau akibat pujian yang meluas, dalam masa yang tidak lama sahaja dia mempunyai pengikut yang kultus dan tidak terhingga. Dengan itu, dan tidak mengambil masa yang lama, dia mengadai pengikut setia yang ramia dan enggan atau tidak ingin mempersoalkan pemimpin mereka. Dengan itu mulalah si pemimpin menyalahgunakan amanah dari pengikut mereka. 

            Akibat beberapa keraguan dan pertanyaan daripada ahli keluarga pengikut Jim Jones yang prihatin, Ahli Kongres dari daerahnya Leo Ryan mula menyiasat Jonestown. Bila rombongan Ryan sampai, mereka diserang hendap oleh pengikut Jones. Ryan serta beberapa ahli rombongannya terbunuh. Kemudian seluruh ratusan pengikut Jones, atas arahan Jones, membunuh diri mereka beramai-ramai dengan meminum Kool-Aid yang sudah di campur dengan racun sianida. Gambaran tragedi yang ngeri itu disiarkan di seluruh dunia.

Hari ini perpatah “meminum Kool-Aid mereka” sudah menjadi metafora yang kejam dan ngeri mengambarkan pengikut yang taat membuta tuli mengikut perintah pemimpin mereka. 

Malaysia juga mempunyai bahagian kumpulan pengikut seumpama. Salah satunya ialah Kumpulan Al Ma'una. Pada kemuncaknya kumpulan itu hebat dengan pengikut yang beberapa ribu. Pada tahun 2000 mereka menyamar sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia dengan para pemimpin mereka memakai pakaian yang sesuai yang membolehkan mereka memasuki pangkalan tentera yang terbesar itu dengan alasan untuk memjalankan ‘pemeriksaan rasmi.’ Tanpa menggunakan otak mereka, pengawal kem itu membenarkan mereka masuk untuk ‘memeriksa’ depoh senjata.

Seperti yang dijangkakan, banyak senjata yang ‘substandard’ telah di jumpaii dan terus mereka angkut keluar. Beberapa hari kemudian mereka menyerbu pangkalan itu dengan menggunakan senjata yang sama. Serangan itu mengakibatkan ramai askar kerajaan terbunuh. 

Tragedi itu mungkin boleh di elakkan jika sekiranya pengawal tidak mudah tertipu dan mereka menggunakan kemahiran berfikir kritis dan mengambil langkah berjaga atau lebih awas lagi. Tetapi mereka senang sahaja tertipu sebab terharu dengan gelagat komandan ‘pegawai’ dengan pakaian seragam mereka yang rapi. 

Kemalangan itu juga mencerminkan kemahiran dan kepintasan berfikir bagi anggota Al Ma’una, serta juga kebodohan dan ketiadaan disiplin anggota Angkatan Tentera Malaysia. Perlu diingatkan bahawa ciri-ciri tersebut tidak terhad kepada anggota tentera. 

Maju ke tahun 2021, bekas Perdana Menteri Najib Razak terdapat bersalah kerana menipu berbilion daripada syarikat berkaitan kerajaan, One Malaysia Berhad (1MDB). Semasa perbicaraan yang panjang, terdapat beberapa pengakuan berulang dalam mahkahmah daripada pegawai kanan syarikat itu serta pegawai tinggi perkhidmatan awam bahawa mereka tidak pernah mempersoalkan pegawai atasan mereka, yakni Najib. 

Salah seorang daripada pegawai tinggi itu berkelulusan dari Stanford University. Itu membuktikan bahawa mempunyai pendidikan yang unggul tidak menjamin seseorang itu mempunyai kemahiran berfikir dengan kritis. Seorang lagi penjawat awam tertinggi yang masuk terlibat ialah Ketua Usaha Negara semasa, Sidek Hassan. Dia bukan seorang berkelulusan universiti elit. Dia juga mengaku telah dibayar elaun tambahan yang lumayan dan jauh melebihi gaji rasminya untuk menjadi ahli lembaga pengarah 1MDB dan, dalam katanya sendiri di mahkahmah, “tidak berbuat apa-apa!” Elaun itu adalah minimum Kool-Aid Najib untuk Sidek dan yang lain. 

Pengganti Sidek Hassan, Ali Hamsa, pula berlaggak seumpama. Dia mengarahkan salinan laporan jawatankuasa audit syarikat 1MDB yang kritikal terhadap pengurusannya dimusnahkan dan digantikan dengan versi yang telah “di bersihkan.” Tidak seperti Sidek, Ali tidak diberi pampasan yang tinggi tetapi berpuas hati dengan anugerah Tan Sri. Itu juga cara minuman Kool-Aid beliau.

Senarai mereka yang terminum Kool-Aid Najib berkenaan dengan 1MDB jauh melampaui, memikat beberapa nama terkenal yang difikirkan sebelum ini lurus dan penuh amanah. Pada tahun 2016, Ketua Audit Negara ketika itu, seorang Tan Sri (sekali lagi perhatikan gelaran yang dimuliakan) Amrin Buang, seorang makhlok Allah yang dianggap mempunyai amanah yang tidak dipersoalkan dan juga kelayakan yang disegani, bersetuju untuk memusnahkan laporan audit itu.   

Nasib baik Malaysia masih bertuah dan mempunyai beberapa wira yang tidak didendang, mereka yang mempunyai keazaman yang kukuh dan amanah yang tidak boleh dipersoalkan atau di beli. Mereka dengan pemikiran mereka yang kritis tidak senang dicemari mahupun dengan gelaran tertinggi atau dana lumawan. Seorang daripadanya ialah Cik Nor Salwani. Dia mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk menyimpan Laporan Audit 1MDB asal yang mengutuk itu yang kemudiannya diserahkan kepada pengganti Amrin Buang. Perempuan ini kekal sebagai wira tulen yang tidak boleh di tertawankan dengan wang atau gelaran. Dialah yang bertanggungjawab ke atas penjaraan muktamad penipu negara Najib Razak. Yakinlah tidak akan ada kehormatan negara tertinggi seperti Tan Sri kepadanya, tetapi Allah Maha Sahaja yang mengetahui. Itu juga mencerminkan taraf maruah bangsa dan negara.

Kool-Aid yang di beri oleh Najib Razak tidak memberi maut kepada mereka yang meminumnya. Sebaliknya petaka dan beban itu dipindahkan dan di kenakan kepada rakyat yang tidak bersalah. Yakni beribu rakyat negara yang mati akibat kekurangan upaya dan dana untuk melawani wabak Covid-19. Dana negara telah di seku oleh Najib dan juga untuk membayar hutang besar 1MDB berikutnya. 

Masalah keenggaan atau kebolehan untuk berfikir dengan kritis ini bukan khas kepada rakyat Malaysia dan negara yang buntut. Sehingga Disember 2008, ramai orang Amerika yang bijak pandai serta bersikap keras kepala dan dengan fikiran yang tajam telah tertipu oleh pengendali Wall Street yang legenda, Bernie Madoff. Kool-Aid Madoff yang diberikan kepada pelanggannya adalah pulangan yang menakjubkan dari “pelaburan” mereka. Pemikiran kritis pelanggannya telah tumpul atau di padamkan dengan aliran wang atau pendapatan yang stabil ... sehingga ia dihentikan oleh Pihak Berkuasa Persekutuan dalam apa yang kemudiannya terbukti tidak lebih daripada skim Ponzi yang rumit secara besar-besaran. “Pulangan pelaburan” yang endah itu bukanlah akibat pelaburan yang bijak tetapi dana baru masuk dari pelabur lain yang juga sama tamaknya.

Seterusnya: Petikan #25: Kezaliman Kepatuhan

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home