Bahaya Dan Keburukkan Akibat Menjadi Pak Turut
Bahaya Dan Keburukkan Akibat Menjadi Pak Turut
Petikan #25 dari buku saya: Al-Qur’an, Hadis, dan Hikayat: Latihan dalam Pemikiran Kritis. 8 Oktober 2025
Pada tahun 1950-an, ahli psikologi dari Yale, Solomon Asch, menjalankan beberapa eksperimen keseragaman yang terkenal. Tujuannya ialah untuk bagi peserta meneka panjangnya dua garisan. Pada sekali gus pandang mata itu adalah satu ujian pandang mata atau melihat yang senang dan rengkas. Mereka di minta meneka sama ada satu garisan itu sama atau lebih pendek atau panjang bila dibandingkan dengan garisan disebelahnya. Jawapan soalan itu jelas dan terang tanpa melibatkan nilai atau emosi.
Subjek beliau ialah mahasiswa Yale, kumpulan yang sangat cerdik dan terpilih. Ujian itu dilakukan dalam kumpulan tetapi tanpa pengetahuan subjek, peserta lain dalam kumpulan itu adalah sebahagian daripada pasukan eksperimen itu.
Keputusan eksperimen itu mengejutkan. Hampir satu pertiga daripada subjek memberikan jawapan yang salah kerana tekanan daripada orang lain yang mereka sangka juga adalah subjek eksperimen seperti mereka. Itu menunjukkan kesan dan peranan kuat dari peserta yang sama.
Eksperimen itu seterusnya di ubahsuai berbagai cara seperti menggunakan pelajar selain daripada Yale sebagai subjek, mengubah besarnya kumpulan yang bersetuju, memasangkan subjek dengan rakan kongsi yang kononya mereka boleh “dipercayai” dan melihat kesannya apabila “rakan kongsi” itu tidak bersetuju, dan mempunyai seorang ahli yang kerjanya hanya untuk membantah dalam kumpulan kolaborator.
Keputusan ubahsuai terakhir ini paling menarik. Mempunyai seorang ahli yang membantah atau tidak setuju dalam kumpulan “kolaborator” atau “rakan setuju” itu akan mengurangkan dengan ketara kecenderungan seseorang untuk menyesuaikan diri, yakni memberi jawapan yang di setujui oleh kumpulan itu, atau dengan menggunakan frasa popular, “mengikut untuk diterima.” Yakni sama menjadi Pak Turut dan senang di perdayakan.
Kuasa seseorang yang berani membantah walaupun ia akan mengganggu persetujuan kumpulan memainkan peranan yang amat penting serta ketara. Kesan ini di tambah jika si pembantah itu tegas atau sebaliknya dilihat sebagai seorang yang berpengaruh atau berkuasa dalam kumpulan itu. Wawasan ini boleh di guna untuk manfaatkan sesuatu kumpulan. Apabila bekerja dalam satu projek kolaboratif, pemimpin sering menugaskan seseorang untuk menjadi pembantah yang ditetapkan hanya untuk mencegah kecenderungan ke arah “pemikiran kumpulan” (groupthink) yang salah dan berbahaya ini. Maknanya, supaya semua dalam kumpulan itu tidak menjadi Pak Turut.
Penyesalan terbesar Presiden Kennedy adalah atas perintahnya untuk menyerang Cuba di Bay of Pigs pada April 1961. Percubaan yang gagal itu memalukan Amerika. Beliau bergantung pada dan kemudian menyalahkan nasihat kumpulan orang dalamannya yang berfikiran sempit (secara profesional). Beliau mungkin menyalahkan mereka tetapi beliau tidak boleh lari daripada tanggungjawab melantik mereka dan kemudian mengikut nasihat mereka yang kemudiannya membawa bencana tersebut.
Kesan tekanan dari rakan sebaya ini mempunyai versi tempatan yang lebih bodoh jika tidak lucu dan kelakar. Apa yang diperlukan untuk sekumpulan pelajar perempuan di sekolah berasrama yang mudah terpengaruh untuk mengalami histeria massa adalah bagi seorang remaja yang sangat berimaginasi melihat hantu bersembunyi di belakang kelambunya. Tidak lama kemudian seluruh asrama jika tidak sekolah akan melihat hantu yang besar serta kejinya meningkat dengan setiap remaja yang terjejas menceritakan “penglihatannya.”
Perkara atau kelakuan yang lebih bodoh adalah apabila guru mereka memanggil bomoh untuk memulihakn keadaan itu. Fikirkanlah jika mereka sebaliknya mendedahkan kehodohan kelakuan dengan mengunakkan pemikiran kritis.
Bagi umat Islam pula terdapat masalah tambahan. Yakni penghormatan mutlak kita terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan agama termasuklah ahli agamawan dari jabatan kerajaan. Penghormatan terhadap Al-Qur'an memang jujur dan tidak salah tempat. Tetapi terlalu kerap kita meremehkan Kitab Suci kita dengan menganggapnya sebagai satu azimat atau teks ajaib.
Pemikiran kritis amat perlu digunakan ketika membaca kitab dan teks suci lain. Benar Al-Qur'an mengandungi wahyu Allah. Itu diterima oleh semua orang Islam. Tetapi apa yang memberi makna kepada perkataan dan arahan itu adalah tafsiran seterusnya. Itu adalah hasil kerja dan usaha manusia, dan dengan itu mengalami semua ketidaksempurnaan yang wujud dalam karya sedemikian. Justeru perlunya pemikiran kritis dalam menilai risalah kuno itu.
Sesungguhnya ciri utama pengganut Islam dari awal ialah perbezaan yang giat dalam tafsiran wahyu itu oleh tokoh kuno kita. Malah isu asas seperti sama ada Al-Qur'an dicipta atau abadi dicabar. Perdebatan yang giat ini membawa kepada perkembangan agama seterusnya, bukan penerimaan buta terhadap dogma. Nilai istimewa pengganut Islam awal inilah yang mesti kita bangkitkan semula. Yakni kehebtan mereka untuk berfikir dengan secara kritis. Contohi kaum Muktazilah atau kaum rasionalis dahulu. Sifat unik umat Islam kuno untuk berfikir secara kritis inilah yang perlu hidupkan semula.
Banyak muslihatnya jika umat Islam enggan menggunakan otak kita yang diberi olehNya khas untuk berfikir. Inilah beza yang ketara antara maknusia dengan ciptaan Allah yang lain. Betul mungkin ada akibat yang kurang baik dan perlu dibayar dan di terima akibat berfikir dengan teliti dan secara kritis. Yakni, pemikiran yang giat itu menyebabkan umat kuno (dan juga semasa) berbelah dan berpecah kepada berbagai mazhab. Mungkin pun itu agak terkilan dan mengakibat permusuhan antara satu dengan lain (ini masih kekal begitu hingga hari ini), itu lebih baik daripada kaum Islam menjadi satu kelompok pengikut seperti Kumpulan biri tanpa berfikir.
Banyak bahayanya bila kita menjadi Pak Turut membuta tuli. Berbalik kepada metafora biri, kita mesti patuhi perpatah Swahili. Yakni selama hidupnya si biri menganggap gembalanya sebagai pembela nasib mereka tetapi pada akhirnya si gembala yang mengkorbankan mereka.
Seterusnya: Qur’an Dan Hadith Sebagai Nas Atau Teks



0 Comments:
Post a Comment
<< Home