(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, June 10, 2026

Hikmah Biasakan Yang Bank, Jauhi Yang Jahat

 Hikmah Biasakan Yang Baik Semasa Ramadan

M. Bakri Musa

10 Jun 2026 Dipetik dan diubah suai daripada buku saya, Qur’an, Hadith And Hikayat: Exercises In Critical Thinking (2021)

Renungkan perintah Al-Quran “biasakan yang baik, jauhi yang jahat” (amar ma'ruf nahi munkar) dalam konteks ibadah puasa bulan Ramadan. Puasa hanyalah meletihkan badan dan tanpa bermakna sekiranya kita tidak menggunakan peluang tersebut untuk bermuhasabah, berfikir, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik. Bukan sahaja sepanjang bulan suci itu malah sepanjang tahun. Hanya dengan cara itu bahawa pahala yang sebenarnya akan diraih. Tanpa penglibatan sedemikian serta renungan intelektual dan moral yang mendalam, puasa akan hanya menjadi sekadar ritual kosong sahaja, paparan ketakwaan yang dangkal, dan dibebani pula dengan rasa letih dan tidak selesa akibat lapar dan dahaga.

Saya di ingatkan dengan hakikat oleh isteri semasa Ramadan di awal kerjaya saya. Sebagai pakar bedah swasta, saya terpaksa mengambil giliran bertugas untuk panggilan kecemasan (ER calls) di hospital tempatan. California—seperti seluruh Amerika Syarikat—menetapkan bahawa dalam keadaan kecemasan, hospital mesti merawat sipesakit tanpa mengira kemampuan untuk membayar. Pendek kata, tiada pemeriksaan dompet terlebih dahulu (“wallet biopsy”). Para peguam juga mempunyai kewajibpan (pro bono) serupa, yang ditenun kemas ke dalam akar umbi profesion mereka. Sebaliknya di Malaysia, sebuah negara yang mendakwa dirinya sebagai negara Islam dan amat gemar menonjolkan syiar agama secara luaran, tidak memerlukan sedemikian untuk melindungi dan menfaatkan rakyat yang miskin dan kurang bernasib baik.

Pada satu malam Ramadan saya dipanggil ke bilik kecemasan (ER) untuk merawat seorang pesakit yang mengalami tikaman di perutnya. Daripada ringkasan yang disampaikan melalui telefon, saya tahu bahawa kes itu ialah apa yang kami sebut dengan bahasa kiasan yang jelas “rawatan tanpa pampasan” (uncompensated care). Maknanya, sepesakit tidak mungkin dapat membayar atau mengada insurans. Mungkin lebih teruk lagi, dalam persekitaran Amerika yang gemar menyaman (litigious), anda sudah cukup bernasib baik jika tidak disaman sivil oleh mereka yang anda selamatkan nyawanya secara percuma.

Sentakan terkejut tidur yang nyenyak sudah cukup menjengkelkan seseorang. Apatah lagi bila diganggu selepas berpuasa sepanjang hari. Itu mempunyai cara untuk meletakkan anda dalam perasaan yang amat gelisah. Ditambah pula dengan kesedaran bahawa kerja pembedahan yang sengit selama berjam-jam selepas itu mungkin adalah satu “kerja percuma.” Semuanya itu hanya memberatkan lagi rasa geram. Saya pasti telah menimbulkan kekecohan semasa bersiap, dan dalam keresahan itu mengejutkan isteri saya yang sedang tidur lenyak.

Dia dengan nyata dapat menyangkakan perasaan keenggaan yang sedang membara di hati dan fikiran saya. Tanpa memarahi saya kerana mengganggu tidurnya, beliau bangun untuk memeluk saya.

“Bang, ini bulan Ramadan,” katanya dengan lembut dan manis yang terus menenangkan saraf saya yang tegang. “Bulan yang penuh borkat. Waktu untuk kita bermurah hati, bukan hanya dengan wang ringgit tetapi dengan diri, masa, dan bakat kita. Anggapkan pembedahan ini sebagai pemberian zakat mu!"

Seruan tersebut dengan serta menginsafkan saya. Itu merupakan teguran yang pantas dan amat diperlukan terhadap perspektif saya, mengingatkan saya kembali mengapa saya memilih bidang perubatan pada peringkat awal dahulu. Ini adalah peluang yang Allah bentangkan untuk saya menunjukkan kesyukuran yang hakiki atas nikmat besar yang telah Dia curahkan kepada keluarga kami. Adalah amat wajar untuk saya membalasnya. Akibat peralihan minda yang mudah itu mengubah panggilan tugas hospital daripada satu beban yang besar dan menjengkelkan kepada satu ujian watak—peringkat yang mendalam tentang betapa bertuahnya diri kami yang sebenarnya.

Sejak itu saya melihat tanggungjawab ER melalui lensa yang berbeza sama sekali. Ya, tuntutan itu bermakna saya terlepas banyak peristiwa penting dalam hidup anak-anak saya; seperti selalu lewat atau tidak hadir langsung ke majlis hari jadi mereka, pementasan teater sekolah, dan makan malam keluarga. Namun begitu, kesedaran daripada isteri saya beberapa dekad lalu membantu saya meletakkan perkara tersebut dalam hierarki kepentingan yang betul. Realiti luaran tetap sama—gangguan tidur, kerja tanpa bayaran pada waktu-waktu tertentu—tetapi persepsi dalaman saya terhadapnya telah berubah semua sekali.

Mungkin ia satu ironis Ilahi apabila lebih empat puluh tahun kemudian, kes terakhir yang saya kendalikan sebelum bersara daripada amalan pembedahan aktif pada awal tahun 2020 adalah seorang pesakit miskin, juga melalui bilik kecemasan. Ditakdirkan pula, dia merupakan salah seorang ahli jemaah tempatan kami—bukan bermakna identitinya akan mengubah komitmen saya terhadap rawatannya. Beliau seorang insan yang berjiwa murni yang sering menyumbangkan tenaga dan masanya untuk menyelenggara musala tempatan kami. Saya berasa amat bertuah kerana Allah mengizinkan saya menggantung pisau bedah saya (scalpel) dengan nota penutup yang begitu tinggi nilainya serta dengan cara yang amat bermakna.

Sebaliknya, seorang rakan sejawat saya mengambil pendekatan yang jauh berbeza terhadap bebanan panggilan Rawatan Bilik Kecemasan. Beliau menjadi begitu pahit dan berang dengan beban “rawatan tanpa pampasan” yang semakin meningkat. Kekecewaannya mula meracuni pertimbangan klinikalnya dan merosakkan adabnya di ranjang pesakit (bedside manner). Sinisme kronik itu akhirnya menyebabkan beliau disaman atas kecuaian perubatan (malpractice) beberapa kali. Sungutan dan rasa tidak puas hatinya memakan dirinya dari dalam. Akhirnya, dalam keadaan hancur dan kecewa, beliau terus meninggalkan bidang perubatan.

Terselamat daripada nasib tragis rakan sejawat saya itu sudah menjadi ganjaran yang mencukupi bagi saya. Memikirkan bahawa sambil menyelamatkan nyawa, saya juga sedang menunaikan zakat saya dan dengan tulen “mengamalkan kebaikan" kekal menjadi sumber ketenangan yang amat besar buat diri saya. Saya terhutang budi atas kejelasan visi yang berterusan ini kepada isteri saya, yang dengan tenang mengingatkan saya pada malam Ramadan yang gelita itu, tentang makna sebenar kebajikan, tanggungjawab, dan keimanan.

Seterusnya: Ilham Dari Surah Al Fatihah

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home