(function() { (function(){function b(g){this.t={};this.tick=function(h,m,f){var n=f!=void 0?f:(new Date).getTime();this.t[h]=[n,m];if(f==void 0)try{window.console.timeStamp("CSI/"+h)}catch(q){}};this.getStartTickTime=function(){return this.t.start[0]};this.tick("start",null,g)}var a;if(window.performance)var e=(a=window.performance.timing)&&a.responseStart;var p=e>0?new b(e):new b;window.jstiming={Timer:b,load:p};if(a){var c=a.navigationStart;c>0&&e>=c&&(window.jstiming.srt=e-c)}if(a){var d=window.jstiming.load; c>0&&e>=c&&(d.tick("_wtsrt",void 0,c),d.tick("wtsrt_","_wtsrt",e),d.tick("tbsd_","wtsrt_"))}try{a=null,window.chrome&&window.chrome.csi&&(a=Math.floor(window.chrome.csi().pageT),d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.chrome.csi().startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a==null&&window.gtbExternal&&(a=window.gtbExternal.pageT()),a==null&&window.external&&(a=window.external.pageT,d&&c>0&&(d.tick("_tbnd",void 0,window.external.startE),d.tick("tbnd_","_tbnd",c))),a&&(window.jstiming.pt=a)}catch(g){}})();window.tickAboveFold=function(b){var a=0;if(b.offsetParent){do a+=b.offsetTop;while(b=b.offsetParent)}b=a;b<=750&&window.jstiming.load.tick("aft")};var k=!1;function l(){k||(k=!0,window.jstiming.load.tick("firstScrollTime"))}window.addEventListener?window.addEventListener("scroll",l,!1):window.attachEvent("onscroll",l); })();

M. Bakri Musa

Seeing Malaysia My Way

My Photo
Name:
Location: Morgan Hill, California, United States

Malaysian-born Bakri Musa writes frequently on issues affecting his native land. His essays have appeared in the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. His commentary has aired on National Public Radio's Marketplace. His regular column Seeing It My Way appears in Malaysiakini. Bakri is also a regular contributor to th eSun (Malaysia). He has previously written "The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia" as well as "Malaysia in the Era of Globalization," "An Education System Worthy of Malaysia," "Seeing Malaysia My Way," and "With Love, From Malaysia." Bakri's day job (and frequently night time too!) is as a surgeon in private practice in Silicon Valley, California. He and his wife Karen live on a ranch in Morgan Hill. This website is updated twice a week on Sundays and Wednesdays at 5 PM California time.

Wednesday, July 01, 2026

Meneliti Sexual Ayat "Mmemukul Istari" Dalam Al-Qur'an

 Meneliti Semula Ayat "Memukul Isteri" Dalam Al-Qur'an

M. Bakri Musa

1 July 2026

 

Antara ayat Al-Qur'an, Ayat 34 Surah an-Nisa menimbulkan kegundahan eksistensial dalam kalangan Muslim moden—khususnya golongan feminis. Ayat itu juga mengundang cemohan daripada golongan bukan Islam. Ayat ini lebih terkenal, atau lebih tepat lagi digelarkan sebagai “ayat memukul isteri.” 

 

Dalam terjemahan biasa yang lazim kita dengar, ia berbunyi:  “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum Perempuan ….  Oleh itu, isteri yang soleh berserah diri kepada Allah dan memelihara kehormatan dirinya ketika suaminya tidak hadir, dengan apa yang telah dipelihara oleh Allah. Dan kepada isteri yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka, dan tinggalkanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka ….”  

 

Segala liuk-lintuk intelektual dan gimnastik bahasa telah yang digunakan oleh ulama semasa dan kuno untuk menafsir, memberi helah, atau menyucikan ayat yang kontroversial ini hingga dianggap melucukan, malah mengarut. Gaya pemerasan otak dan urutan mental secara kolektif ini pada umumnya jatuh kepada dua corak yang mudah kita camkan.

 

Pertama adalah helah mengelak secara total: sengaja buat tidak nampak teks tersebut. Sebaliknya, kumpulan apologetik kini beralih kepada pelbagai hadis yang meletakkan wanita di atas singgahsana, mengingatkan kita bahawa “syurga di bawah telapak kaki ibu,” atau memetik riwayat Nabi yang tidak pernah dikesan memukul isterinya. Namun, hujah sebegini berdiri di atas tapak yang rapuh. Adakah kita harus mengandaikan bahawa jika Nabi, s,a.w., membuat sedemikian, ia akan melakukannya dengan secara terbuka untuk disaksikan oleh dunia? Tafsiran itu akan membawa kita kepada satu kesimpulan yang tidak dapat dielakkan, malah boleh dianggap bidaah: bahawa Baginda sendiri gagal mematuhi perintah nyata di dalam Al-Qur'an. Masakan tidak, daripada sekian ramai isteri Baginda, pasti ada seorang yang mungkin berkelakuan tidak senonoh pada satu masa, walaupun jarang. Mereka adalah manusia biasa, bukannya malaikat. Menyatakan sebaliknya mungkin tidak masuk akal. 

 

Pada sudut yang pelampau pula, mereka menerima ayat tersebut secara membuta tuli atas dasar iman—atau, yang lebih parah lagi, menikmatinya sebagai lesen untuk menghalalkan kebiadaban rumah tangga sendiri. Mereka menerima dengan penuh ketenangan saranan bahawa seorang suami mempunyai hak mutlak pemberian dari Allah untuk mendisiplinkan isteri secara fizikal. Biarpun perkara ini kedengaran amat jelik pada telinga zaman moden—sama ada bab memukul mahupun bab berpoligami—mereka tetap mendepang dada mempertahankannya.

 

Namun, untuk menjaga imej luaran, mereka memeras tenaga untuk mentakrifkan semula perkataan “memukul” itu demi mengurangkan kesan kejamnya. Mengikut cerita rekaan mereka, pukulan itu bukanlah satu tindakan penghinaan yang ganas atau serangan fizikal; sebaliknya, ia diubah menjadi satu ritual perkahwinan yang penuh bergaya, malah kononnya diinginkan! Putaran mereka ini menjenamakan semula keganasan rumah tangga kuno masyarakat Badawi sebagai satu cara asli amalan sadomasokisme (S&M) moden! 

 

Malah seorang pengulas mencadangkan bahawa alat yang diluluskan untuk tindakan disiplin ini adalah sebatang berus gigi yang lembut. Gambaran itu akan terus membayangkan satu almari simpanan alat lain yang sama eksotik,  mungkin erotic, serta pelbagai aksi lain. Melalui cara kreatif baru ini, itu akan membayangkan memukul isteri sebenarnya boleh ditukar menjadi satu aktiviti terapi intim bagi mengeratkan hubungan suami isteri.

 

Kemudian muncul pula golongan “kontekstualis, mereka yang mengambil berat keadaan semasa. Hujah mereka pula ialah kita mesti menilai ayat ini secara zaman trictly purba abad ketujuh dan dalam budaya Arab. Yakni budaya yang pernah menamam bayi perempuan dan para isteri dilayan tidak lebih daripada sekadar harta milik si suami. Memandangkan tamadun manusia telah berkembang, mereka menghujah bahawa ayat tersebut tidak boleh lagi terpakai. Menggunakan perbendaharaan kata feqah klasik, ia telah “dimansuhkan” atau dinasakhkan. Mereka meyakinkan bahawa dengan mudah kitab oleh menemui beberapa ayat lain dalam Al-Qur'an yang mengangkat darjat kesetaraan sejagat antara jantina.

 

Bagaimanapun, bergantung kepada mekanisme nasikh dan mansukh ini sebenarnya adalah sebilah pedang bermata dua. Dari segi sejarah, para ulama silam sering menggunakan alat ini bukan untuk memajukan nilai-nilai progresif, tetapi lebih kepada memintas atau membatalkan mesej awal Al-Qur'an yang bersifat pluralistik dan sejagat. Sebagai bukti, ayat awal Mekah menerima kepelbagaian manusia dengan penuh mesra, dengan pengisytiharan termasyhur, “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agamaku.” Namun, ulasan-ulasan zaman Madinah yang terkemudian seolah-olah “memansuhkan” toleransi yang indah itu dengan mandat yang lebih keras: “Bunuh orang kafir yang menyurok di sebalik semak!”

Dengan latar belakang kebangsatan otak yang nyata ini timbullah fikiran Almahrum Muhammad Shahrour, seorang jurutera Arab Syria. Dia menawarkan tafsiran yang amat menyegarkan terhadap ayat yang menyusahkan ini—satu tafsiran yang tidak menuntut kita untuk mengorbankan kecerdasan akal, logik, mahupun pemikiran kritis kita.

 

Shahrour bukanlah produk daripada institusi agama tradisional yang telah kaku (ossified). Beliau bukan dari kaum ulama tetapi seorang jurutera awam. Seperti hampir setiap anak Islam, beliau telah membaca Al-Quran sejak kecil. Walau bagaimanapun, untuk benar-benar memahaminya, itu wallahu alam dan perkara lain. Sebagai seorang jurutera, minda Shahrour dilatih untuk ketepatan, data empirikal, dan logik struktur yang ketat. Membina sebuah jambatan tidak memberi ruang untuk angan-angan kosong atau tebakan teologi. Jika andaian asas anda cacat atau pengiraan matematik anda dilakukan secara cuai, pembinaan anda akan runtuh. Mungkin lebih banyak air mengalir di atas jambatan daripada di bawahnya. Itu tidak akan meningkatkan martabat kehidupan manusia, reka bentuk agung anda sebaliknya mungkin menjadi perangkap maut.

 

Shahrour membaca teks suci kita bukan dengan prejudis jumud para ulama abad pertengahan, tetapi dengan set alatan tepat seorang jurutera struktur yang sedang menganalisis pelan tindakan asas. Saya akan mengupas tafsiran beliau yang cemerlang dan mengubah paradigma ini dalam esei yang seterusnya.